LONDON - Seorang pakar diet, Dr. Nicholas Perricone mendakwa mampu melewatkan proses tua tanpa melakukan sebarang pembedahan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketika pakar-pakar kulit lain mengakui tugas mereka adalah berusaha untuk meminimumkan kesan tua, Dr. Perricone beralih kepada cara tradisional untuk melewatkan proses penuaan.
Dia sebaliknya berhujah bahawa proses penuaan adalah sejenis penyakit.
"Mungkin ia merupakan satu kontroversi tetapi saya percaya bahawa penuaan adalah satu penyakit yang berlaku di peringkat sel dan anda mampu memeranginya," kata Dr. Perricone.
Dia tidak mendakwa memiliki rahsia kehidupan abadi tetapi percaya bahawa kemerosotan fizikal dikaitkan dengan penuaan dapat dielakkan.
Dr. Perricone mempunyai ramai peminat daripada kalangan selebriti Hollywood seperti aktres Kim Cattrall, Cate Blanchett, Uma Thurman dan Julia Roberts.
Sebelum ini dalam sebuah bukunya berjudul The Wrinkle Cure and The Perricone Prescription, dia mendakwa diet yang kaya dengan ikan salmon dan buah beri mampu menjadikan anda kelihatan lebih muda.
Sejak bertahun-tahun lalu, dia menganalisis kenapa manusia kelihatan muda dan apakah punca menyebabkan mereka kelihatan tua.
"Apabila anda melihat muka yang muda, apa yang anda lihat adalah lengkung dan ruang yang luas iaitu dahi berlengkung, mulut menonjol, terdapat ruang luas di pipi serta pelipis.
"Berikutan peningkatan umur, kita kehilangan otot dan lemak, oleh itu terdapat kecembungan mendatar menyebabkan cengkung.
"Kami menyedari bahawa penuaan adalah lebih kepada kehilangan tisu-tisu," kata Dr. Perricone.
Bagaimanapun, perkembangan mendadak dan populariti suntikan Botox sejak beberapa tahun lalu mencetuskan kebimbangannya.
"Saya bimbang mengenai prosedur yang berterusan sama ada ia pembedahan atau suntikan," jelasnya.
"Semua itu mencetuskan trauma dan saya tidak pasti ia merupakan strategi terbaik untuk mengekalkan muka yang muda," katanya.
Dr. Perricone mempunyai satu pelan bagi membolehkan manusia kelihatan muda berbanding menggunakan Botox dan menjalani pembedahan.
Menurutnya, jika pelan itu diikuti oleh ramai orang, mereka akan kelihatan 10 tahun lebih muda daripada umur sebenar.
Langkah pertama adalah memakan protein berkualiti tinggi seperti ikan salmon, makan daging ayam yang tidak diternak dalam kurungan, makanan laut yang bercangkerang seperti kerang atau kupang dan tauhu.
Bahan-bahan itu penting untuk memperbaiki sel dan membina blok tisu otot.
Sayur-sayuran dan buahan-buahan seperti, blueberry, brokoli dan bayam menjadikan kadar kandungan gula stabil sekali gus mengekalkan bahan antioksidan yang meneutralkan bahan-bahan radikal iaitu penyebab sel-sel mengalami kerosakan.
Bahan-bahan lemak yang terdapat pada ikan, kekacang dan bijiran mampu membekalkan tenaga untuk sel.
"Ketika saya mula bekerja untuk sejumlah selebriti, saya hairan kenapakah mereka kelihatan cukup glamor.
"Kenapakah mereka kelihatan berlainan daripada kita?
"Jika anda melihat seseorang seperti aktres Angelina Jolie, dia mempunyai bentuk seperti buah epal di pipinya iaitu hasil daripada otot yang terdapat di bahagian muka," katanya Dr. Perricone.
Menurutnya, setiap orang boleh memiliki kulit seperti Jolie dengan melakukan senaman.
Melakukan senaman muka secara berkesan memerlukan ransangan elektrik yang mampu menegangkan otot.
"Dengan menggunakan ransangan elektrik, saya boleh menjadikan seseorang kelihatan seperti itu (Jolie)," kata Dr. Perricone. - Agensi
Khamis, Oktober 09, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Dakwa boleh lewatkan proses penuaan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "