WASHINGTON: Sekumpulan penyelidik Barat mendakwa tabiat membeli-belah yang keterlaluan bukan sekadar ada kaitan dengan sikap materialistik individu, tetapi juga disebabkan masalah lebih berat seperti tidak yakin kepada diri sendiri, murung, gelisah serta tekanan jiwa.
Lebih membimbangkan lagi, dakwa penyelidik Universiti Richmond dan Universiti Illinois, Amerika Syarikat, sikap suka membazir berkenaan yang menjadi sumber masalah kewangan dan pertelingkahan keluarga, kini semakin ketara.
Penyelidik berkenaan, Nancy M Ridgway, Monika Kukar-Kinney dan Kent B Monroe, mewujudkan satu kaedah khas bagi mengukur tabiat membeli-belah yang keterlaluan dan sukar dikawal ini.
Hasil kajian itu bakal disiarkan dalam edisi terbaru Journal of Consumer Research, Disember ini.
"Kaedah itu bertujuan mengenal pasti pelanggan yang mempunyai gerak hati kuat untuk membeli-belah, sering berbelanja besar dan pada masa sukar mengawal keinginan untuk terus membeli," kata mereka.
Kaedah sebelum ini bergantung kepada kesan tabiat membeli-belah seperti menyebabkan masalah kewangan serta pertelingkahan keluarga membabitkan soal wang.
Bagaimanapun, kumpulan penyelidik itu mendakwa individu yang berpendapatan tinggi dan suka membeli-belah secara melampau, berdepan risiko kecil untuk bertelingkah dengan ahli keluarga biarpun perasaan mereka itu sukar dikawal."Pembeli yang membeli-belah secara melampau itu memiliki perasaan sukar dikawal. Perasaan yang cuma bertumpu kepada keinginan untuk membeli-belah serta sanggup menyorok barangan yang dibeli." - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "