2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 8:37 AM

5Jumaat,September

Malaysia Today & Raja Petra Kamaruddin


Raja Petra nafi pemilik Malaysia Today


KUALA LUMPUR: Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin semalam, menafikan beliau adalah pemilik laman web berkenaan dan meminta polis supaya tidak menyiasatnya berhubung perkara terbabit.

Beliau yang juga mendakwa tidak mengenali pemilik blog berkenaan turut menafikan menyiarkan akuan berkanun seorang doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dalam kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tidak mengenali pemilik Malaysia Today dan tidak perlulah mereka (polis) menyoal saya lagi. Pergilah soal pemilik sebenar ataupun laman web awam terbabit dan jangan kacau saya.

"Jika nak sabitkan saya, dipersilakan dan kita akan berjumpa di mahkamah dan jika polis tidak mahu saya diikat jamin pun, saya tidak kisah," katanya kepada pemberita selepas dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan polis, di sini, semalam.

Raja Petra yang berkemeja biru tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Perdana, di sini, kira-kira jam 9.40 pagi dengan diiringi peguamnya, Amarjeet Singh Sidhu dan isterinya, disoal siasat selama lebih sejam.

Beliau mendakwa dalam siasatan yang dilakukan, polis lebih banyak mempersoalkan mengenai blog Malaysia Today dan ia sama sekali tidak relevan dengan siasatan kes liwat membabitkan Anwar.

"Mereka hanya lebih menyoal sama ada saya kenal Dr Mohamed Osman, Adakah saya dapat dokumen daripada dia ke, Adakah saya penentu akhir artikel yang dikeluarkan dalam Malaysia Today.

"Semua soalan yang ditanya, dijawab tetapi kebanyakannya saya menjawab bahawa ia 'tidak relevan' dan tidak akan menjawab sebarang soalan lagi," katanya yang mendakwa semua dokumen terbabit diambil secara pautan dari laman web awam dan Malaysia Today tidak bersalah.

Raja Petra disiasat kerana menyiarkan salinan akuan bersumpah enam muka surat bertarikh 1 Ogos lalu yang dibuat Dr Mohamed Osman yang juga pegawai perubatan Pusrawi yang melakukan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu. - bh


???? betul ke ni????
try , Jumaat, September 05, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog