Pihak Audit telah memilih 45 sampel produk yang menggunakan logo halal JAKIM yang dijual di pasaran antara bulan Februari hingga awal bulan Mac 2008 mendapati hanya 31 produk menggunakan logo yang masih sah.
Memandangkan jawatan Gred F41 adalah diperlukan oleh Bahagian Hub Halal untuk menyelenggarakan sistem maklumat Sijil Halal terutamanya menguruskan portal e-Halal yang sentiasa digunakan perkhidmatannya oleh orang ramai, jawatan tersebut adalah tidak wajar dipinjamkan ke Bahagian ICT.
Semakan Audit mendapati 13 pegawai Bahagian Hub Halal telah diwartakan sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan pada 15 September 2003 selaras dengan Seksyen 26 Akta Perihal Dagangan 1972. Bagaimanapun daripada 13 pegawai ini, didapati 6 telah berpindah ke jabatan lain, 2 telah bersara dan seorang telah meninggal dunia.
Permohonan telah dibuat oleh JAKIM pada 10 Oktober 2007 kepada KPDNHEP untuk membolehkan 79 pegawainya dilantik sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan, namun sehingga kini masih belum ada maklum balas terhadap permohonan tersebut.
Pihak Audit telah membuat semakan terhadap 849 permohonan yang telah mendapat Sijil Halal pada tahun 2006. Mengikut Piagam Pelanggan JAKIM, Sijil Halal perlu dikeluarkan dalam tempoh 4 bulan selepas caj perkhidmatan diterima serta memenuhi segala prosedur dan syarat pengesahan halal yang ditetapkan. Semakan Audit mendapati sebanyak 573 permohonan (67.4%) telah dikeluarkan Sijil Halal dalam tempoh yang ditetapkan manakala 245 permohonan (28.9%) telah dikeluarkan Sijil Halal melebihi tempoh yang ditetapkan. Selain itu, 31 permohonan (3.7%) telah dikeluarkan Sijil Halal sebelum bayaran caj perkhidmatan dijelaskan oleh pemohon.
Proses pemeriksaan premis mengambil masa sehingga melebihi 4 bulan disebabkan oleh faktor-faktor berikut :-
* Kekurangan pegawai terutamanya bagi Unit Kajian Dan Pengesahan, Cawangan Pengeluaran Sijil Halal Dan Logo halal yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pemeriksaan premis. Mengikut struktur organisasi Bahagian Hub Halal, didapati
Unit ini mempunyai 8 kekosongan jawatan melibatkan Gred C48/S44/C44/ S41/S27 mengakibatkan bebanan kerja kepada pegawai sedia ada. Sebagai contoh, permohonan Sijil Halal bagi tahun 2007 adalah sebanyak 1,355.
* Kekurangan kenderaan di Bahagian Hub Halal untuk menampung 10 kumpulan pemeriksa bagi menjalankan operasinya yang merangkumi seluruh negara.
3.5. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
3.5.1. Pada umumnya, JAKIM telah merancang pengurusan pensijilan halal dengan baik. Bagaimanapun dari segi pelaksanaannya, terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Antara kelemahan tersebut adalah beberapa jawatan yang menguruskan pensijilan halal masih belum diisi sejak penstrukturan semula diluluskan pada tahun 2005; hanya sebilangan kecil pegawai JAKIM diberikan kuasa untuk menjalankan pensijilan halal dan penguatkuasaan; aktiviti penguatkuasaan masih kurang berkesan dan ini terbukti di mana wujudnya produk menggunakan logo halal JAKIM secara tidak sah di pasaran. Selain itu, masa yang lama diambil untuk memproses permohonan dan mengeluarkan Sijil Halal.
3.5.2. Pada 2 April 2008, Kerajaan telah memutuskan supaya aktiviti pensijilan halal diambil alih oleh Halal Development Corporation (HDC). Bagaimanapun sehingga 1 Jun 2008, urusan ini masih lagi dikendalikan oleh JAKIM kerana beberapa perkara yang berkaitan perlu diselesaikan sebelum ia diserahkan kepada HDC. Sehingga HDC mengambil alih urusan ini, JAKIM perlu memperbaiki beberapa kelemahan yang telah dibangkitkan. Sehubungan ini, adalah disyorkan supaya JAKIM memberikan pertimbangan kepada perkara-perkara berikut :-
a. Memastikan jawatan-jawatan penting seperti ketua cawangan/unit serta pegawai yang terlibat dalam membuat keputusan tentang pemberian Sijil Halal diisi sepenuhnya dengan segera bagi menjamin urusan pensijilan halal berjalan dengan lancar.
b. Memandangkan Bahagian Hub Halal menyelenggarakan sistem maklumat Sijil Halal terutamanya menguruskan portal e-Halal yang sentiasa digunakan perkhidmatannya oleh orang ramai, urusan ini hendaklah dikendalikan oleh seorang pegawai sistem maklumat secara sepenuh masa.
c. Mengkaji semula penurunan kuasa yang terhad bagi membolehkan pegawai JAKIM untuk menjalankan aktiviti pensijilan halal dan penguatkuasaan dengan berkesan. JAKIM perlu memastikan pegawai-pegawainya yang terlibat dalam aktiviti pensijilan halal diwartakan dan mempunyai kad kuasa sepertimana yang dikehendaki di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.
d. Memantau proses pemeriksaan pensijilan halal untuk memastikan ia dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi tujuan tersebut, JAKIM perlu menetapkan norma masa bagi melaksanakan aktiviti ini.
e. Memandangkan terdapat produk-produk yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM, pemeriksaan juga perlu dijalankan terhadap produkproduk berkenaan. Ini adalah penting bagi memastikan produk-produk tersebut dipastikan kesuciannya. Ini juga adalah selaras dengan misi Bahagian Hub Halal untuk memastikan produk yang menggunakan Sijil Pengesahan Halal atau yang
menggunakan perbahasaan halal adalah suci dan halal mengikut lunas syarak.
f. Bagi membolehkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan dengan berkesan, semua kemudahan dan peralatan yang diperlukan seperti kenderaan, kamera dan sebagainya hendaklah disediakan dengan secukupnya.
g. Bagi produk-produk yang telah ditarik balik Sijil Halal, adalah disyorkan agar produk-produk yang terlibat dihebahkan kepada pengguna melalui akhbar, laman web dan lain-lain media tentang status produk-produk tersebut.
h. Selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri bahawa hanya logo halal JAKIM yang patut digunakan pada produk dan makanan, JAKIM patut mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan penggunaan logo berkenaan dan proses pensijilan halal yang seragam diikuti oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri. Ini adalah juga penting untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai.
i. Sistem e-Halal patut diperluaskan untuk memasukkan maklumat berhubung dengan status halal produk yang mendapat Sijil Halal daripada Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri.
Dimuat turun dari http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/laporan-ketua-audit-negara-bagi-tahun-2007/
Khamis, September 04, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Laporan Audit dedah banyak kelemahan Halal JAKIM silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "