2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 24 April 2025   
@ 26 Syawal 1446H / 8:57 PM

19Jumaat,September

Kaedah pantas kesan DNA babi

SERDANG - Pensyarah dalam bidang lemak dan minyak di Jabatan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr. Yaakob Che Man berjaya menemui satu kaedah terpantas untuk mengesan kandungan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam makanan.

Kaedah yang dinamakan sebagai real-time Polimeris Chain Reactor (PCR) itu mampu mengesan kandungan DNA babi pada makanan dan barang kosmetik yang diuji di makmal dalam masa tidak lebih dua jam.

"Dalam tempoh dua jam ini juga kita akan dapat mengesan kehadiran DNA babi walaupun hanya seberat 0.001 nanogram bukan sahaja dalam makanan malah, barang kosmetik dan produk lain.

"Sebagai contoh, mungkin ada daging babi digunakan dalam produk makanan. Oleh itu, pengenalpastian spesies haiwan yang digunakan dalam produk makanan adalah penting terutama kepada orang Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan hasil penyelidikan itu di Dewan Taklimat UPM semalam sambil menambah kaedah tersebut turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut beliau, kaedah PCR dibangunkan untuk mengesan kehadiran DNA babi dalam makanan berasaskan daging ayam dan lembu.

Kelebihan penyelidikan itu adalah untuk mengesan dengan lebih spesifik dan sensitif kehadiran DNA babi.

"Jika sebelum ini kita hanya akan dapat mengesan kehadiran DNA pada daging dalam tempoh dua hari hingga sebulan, tapi dengan kaedah ini ia akan menjadi lebih pantas dan tepat," katanya.

Tambah beliau, penyelidikan kaedah lama untuk mengesan status halal itu mengambil masa enam bulan untuk disiapkan manakala kit PCR tersebut juga telah dipatenkan pada bulan lalu. - kosmo!

p/s : harap badan-badan @ jabatan-jabatan bertanggungjawab boleh menggunakan hasil penyelidikan ini tanpa karenah birokrasi lagi
try , Jumaat, September 19, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog