2+4 hrs...Twogether Fourever

/

China mahu lancar kereta api terlaju

Rel baru Beijing-Shanghai mula dibina

CHINA merancang menjadikan laluan kereta api berkelajuan tinggi yang akan menghubungkan Beijing dan Shanghai yang paling laju di dunia apabila ia mula dilancarkan pada 2010, menurut laporan China Daily, semalam.
Kereta api rekaan China itu yang mempunyai keupayaan kelajuan sehingga 380 kilometer (236 batu) sejam akan membolehkan perjalanan 1,300 kilometer dilakukan dalam tempoh empat jam, kata Timbalan Ketua Jurutera Kementerian Perkhidmatan Keretapi, Zhang Shuguang.

Pada awal cadangan, kereta api berkenaan akan beroperasi pada kelajuan sehingga 350 kilometer sejam iaitu kadar kelajuan sama seperti perkhidmatan rel laju generasi China pada masa ini yang mengambil masa kira-kira lima jam.

Beliau berkata, tren terpantas ketika ini yang menghubungkan perjalanan antara Beijing dan Shanghai ialah kira-kira 10 jam.

Kerja pembinaan bagi laluan rel baru sudah mula dilaksanakan dan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh empat tahun, katanya.

Laluan itu adalah sebahagian daripada rancangan China untuk membina keretapi berkelajuan tinggi lebih 12,000 kilometer untuk menghubungkan pusat bandar utamanya.

Kerajaan China telah membelanjakan beratus bilion dolar untuk menaik taraf sistem laluan rel menjelang 2020, dengan laluan Beijing-China adalah yang pertama bagi kereta api berkelajuan tinggi di laluan utara-selatan.

Semua laluan baru itu adalah landasan berkembar dan menjelang 2020, China akan mempunyai rangkaian berasingan bagi penumpang pengembaraan dan kargo, menurut laporan itu.

Bulan lalu, China melancarkan operasi laluan berkelajuan tinggi yang menghubungkan Beijing dengan bandar pelabuhan di timur republik itu, Tianjin.

Kementerian Perkhidmatan Keretapi China berkata, laluan kereta api 120 kilometer itu adalah yang pertama di dunia yang membolehkan kereta api menjelajah pada kelajuan 350 kilometer sejam.

Kereta api laju Jepun, Shinkansen dan Keretapi ICE Siemens mempunyai kadar kelajuan 300 kilometer sejam, tetapi versi baru kereta api Jepun iaitu Fastech 360Z dijangka beroperasi pada kelajuan 360 kilometer sejam apabila ia mula dilancarkan.


China sudah mempunyai perkhidmatan kereta api yang mampu mencapai tahap kelajuan melebihi 430 kilometer sejam, iaitu laluan MAGLEV antara pusat Shanghai dan lapangan terbang antarabangsa utamanya.

Bagaimanapun, China tidak menganggapnya sebagai kereta api biasa terpantas di dunia, apabila teknologi masa depan melihatnya terapung di atas laluan rel yang menggunakan pengapungan magnetik. - AFP
try , Selasa, September 02, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog