2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 19 April 2025   
@ 21 Syawal 1446H / 11:59 PM

19Jumaat,September

Budak nyaris diculik

PUCHONG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Bandar Kinrara di sini, dikatakan nyaris menjadi mangsa culik mirip kes Nurin Jazlin Jazimin, 8.

Dalam kejadian jam 7.13 malam pada 9 September lalu, dua lelaki menaiki van putih didakwa melarikan kanak-kanak berkenaan yang ketika itu sedang duduk bersendirian di tembok batu berdekatan pintu lif flet kediaman keluarganya.

Penjenayah terbabit dipercayai mengambil kesempatan ketika umat Islam di kawasan terbabit sibuk membuat persiapan untuk berbuka puasa.
Kanak-kanak itu bagaimanapun terselamat apabila dia nekad terjun dari van terbabit sebaik pemandunya memperlahankan kenderaan ketika melalui bazar Ramadan, kira-kira 100 meter dari tempat dia diculik.

Kejadian itu mendorong pihak tertentu menampal notis peringatan kepada ibu bapa mengenai cubaan menculik kanak-kanak itu pada pintu lif di setiap blok flet berkenaan.

Ibu kanak-kanak itu yang enggan mendedahkan identitinya, berkata berikutan kejadian beberapa minit sebelum waktu berbuka puasa itu, anaknya kini trauma.

Anak saya beritahu dia didatangi dua lelaki ketika duduk bersendirian di tembok berhampiran blok rumah.

Lelaki itu terus mendukungnya masuk ke dalam van putih yang diletakkan tidak jauh dari situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Selepas masuk ke dalam van melalui pintu belakang, katanya, anaknya meronta dan merayu dilepaskan. Namun, rayuannya tidak diendahkan, sebaliknya penjenayah terbabit terus memecut dari tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, mangsa melarikan diri dengan terjun selepas membuka pintu van ketika penjenayah memperlahankan kenderaan apabila melalui bazar Ramadan berdekatan.

“Sebaik terjun dari van, anak saya terus berlari ke arah orang ramai yang berniaga dan membeli juadah berbuka puasa.

“Kerana takut dia tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa termasuk peniaga pasar Ramadan itu,” katanya.

Wanita berusia 40-an itu berkata, anaknya pulang ke rumah selepas waktu berbuka puasa dengan wajah pucat seolah-olah ditimpa masalah.

Selepas didesak, mangsa menceritakan kejadian dia cuba diculik dua lelaki menaiki van putih.

“Anak saya turut memberitahu gagal mengecam wajah suspek dan nombor plat pendaftaran kerana terlalu takut.

“Dua lelaki itu sempat memanggilnya sebaik dia terjun dari van dan melarikan diri,” katanya.

Berikutan kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Puchong Jaya.

Wanita itu berkata, apa yang dibimbanginya ialah cubaan menculik anaknya sama dengan dengan kes culik Nurin Jazlin, tahun lalu.

Dalam kejadian culik Nurin Jazlin itu, seorang rakan sekolah mangsa mendakwa dia nampak kanak-kanak itu ditarik masuk ke dalam sebuah van putih pada malam kehilangannya, 20 Ogos tahun lalu. - hmetro
try , Jumaat, September 19, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog