BERLIN: Selepas pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan, pegawai Eropah pula mengeluarkan amaran mengenai bahaya kesan sampingan suntikan Botox untuk menghilangkan kesan kedutan, menurut laporan sebuah majalah mingguan Jerman.
Agensi Perubatan Eropah (EMA) yang mempunyai ibu pejabat di London merekodkan lebih 600 kes kesan negatif suntikan yang dikaitkan dengan rawatan kosmetik popular sehingga Ogos 2007, lapor majalah mingguan Focus. Dalam 28 kes, pengguna suntikan itu meninggal dunia.
Di Jerman, Institut Persekutuan bagi Perubatan dan Produk Perubatan menerima 210 laporan disyaki berkaitan dengan Botox, yang digunakan oleh berjuta orang di seluruh dunia untuk menghilangkan kedutan.
Lima daripada kes itu membabitkan kematian, menurut Focus. Botox dibenarkan di Amerika dan Eropah untuk merawat pelbagai masalah termasuk kekejangan kelopak mata atau leher selain mengendurkan kulit muka atau menyekat peluh berlebihan.
Namun, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika (FDA) memberi amaran pada Februari lalu bahawa penggunaan Botox boleh menyebabkan kesan sampingan serius termasuk kematian, tetapi tidak pula mengharamkan suntikan itu.
Pada masa itu, ia menegaskan tiada pesakit yang menggunakan Botox bagi tujuan kosmetik meninggal dunia tetapi menggesa pengguna supaya berwaspada.
'Botulinum toxin' ialah racun biasa yang ditemui dalam makanan basi yang 400 kali lebih kuat berbanding sianida.
Apabila disuntik, dos yang sedikit melumpuhkan otot dan menghalangnya daripada bergerak selama empat hingga enam bulan - sesuai untuk menghapuskan garisan halus buat sementara tetapi berpotensi menyebabkan kematian jika ia memberi kesan kepada otot yang salah, kata pihak berkuasa.
Botox dan Kosmetik Botox memberi amaran pada label mereka mengenai kemungkinan tindak balas kurang baik berhampiran bahagian suntikan bagi setiap produk yang diluluskan penggunaannya, menurut FDA, dan 'kesan sampingan jarang berlaku' termasuk masalah menelan dan pernafasan teruk apabila produk itu digunakan pada pesakit yang mengalami gangguan otot. - Agensi
Selasa, September 02, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Botox ada kesan sampingan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "