2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 15 April 2025   
@ 17 Syawal 1446H / 3:13 AM

10Rabu,September

Baju Raya untuk Abah (Part 2)

Baju raya untuk abah hampir siap. Tinggal untuk aku kemaskan jahitannya je lagi. Puas hati aku bila baju melayu berwarna biru laut itu sudah hampir kusiapkan. Mesti abah aku terkejut punya tengok baju baru yang aku jahitkan ini. Bersusah payah menjahitnya, bersengkang mata tak tidur malam semata-mata untuk abah tersayang. Lagipun abah memang minat dengan warna biru. Aku pun begitu juga. Warna biru nampak suci dan lembut. Aku pun tak tahu mengapa sejak akhir-akhir ni aku teringat sangat kat abah. Hanya gambar abah je yang menjadi pengubat rindu pada abah. Mak pun begitu juga. Aku terlalu rindukan leteran abah. Tiba-tiba aku teringat kenakalan aku semasa aku di zaman kanak-kanak dahulu.

Aku ni nama je anak sulung, tapi kalau bebal tu mengalahkan anak bongsu pulak. Semua benda aku nak. Aku tak pernah fikir susah payah abah aku cari duit, menanggung kami enam beradik. Apa yang aku ingat, setiap kali aku dan adik-adik aku buat perangai... rotan abah mesti hinggap kat badan kami. Masa aku kena rotan dulu, aku selalu menjerit yang abah tak sayang kat aku. Ada sekali tu, aku merajuk sampai tak mahu makan. Tapi abah pandai pujuk aku. Dia janji nak belikan aku anak patung yang dah lama aku minat. Walau bagaimanapun janji abah cuma setakat itu je. Sampai sekarang aku masih tak dapat anak patung yang aku suka tu. Tapi aku tak salahkan abah. Mungkin dia ada sebab kenapa dia tak belikan aku anak patung tu.

Mak dan abah memang kakitangan kerajaan, tapi cuma pegawai biasa je. Nak dikatakan hidup mewah tak juga, tapi aku bersyukur kerana keluarga aku tak pernah kebulur kerana tak makan. Untuk menjaga kami enam beradik, mak dan abah terpaksa berjimat, terutamanya abah. Kadang kala keperluan dia sendiripun terpaksa diketepikan semata-mata kerana nak jimatkan belanja. Apatah lagi ketika aku di usia remaja, abah terpaksa ditukarkan ke Pulau Pinang. Waktu itu hampir separuh duit abah habis hanya untuk membayar tambah bas sahaja, kerana terpaksa berulang alik dari Alor Setar ke Pulau Pinang.

Bukannya abah tak mahu tinggal di sana , tapi kos di sana terlalu tinggi. Lagipun dia rasa tak mampu untuk menanggung dua rumah sekali gus. Oleh sebab itulah, abah mengambil keputusan berulang alik sahaja dari tempat kerja. Pada mulanya abah berulang alik dengan menaiki motorsikal, tapi akhirnya dia terpaksa berulang dengan bas je. Dia sering mengadu sakit kepala dan letih sebab berjam dalam bas. Dahlah kerja awal pagi, pulang pulak bila waktu dah hampir senja. Aku memang betul-betul kasihan melihat abah waktu tu. Tapi apalah yang mampu aku lakukan. Semenjak hari itu juga, mood abahpun selalu tak menentu.

Dia sering marah kalau ada sesuatu perkara yang tak kena di matanya. Yang selalu menjadi mangsanya adalah aku dan adik-adik akulah. Kadangkala mak juga terkena tempias angin abah tu. Sakit betul telinga kami dibuatnya kalau abah dah mula berleter. Mulalah keluar perkataan yang tak elok dari mulut dia. Tapi aku tak pernah kecil hati atau dendam dengan abah. Abah dah penat kerja, dah tentu dia tak mahu dengar apa-apa masalah di rumah. Dahlah penat bekerja belum hilang, aku dan adik beradik aku yang lain buat perangai pulak. Riuh rendah jadinya rumah bila kami bergaduh. Kalau orang tak tahu tentu mereka ingat kami nak berperang. Tapi inilah hakikatnya, kalau berjumpa ada sahaja yang menjadi gurauan. Tapi itulah pengorbanan abah yang terlalu besar buat kami. Pengorbanan yang belum tentu aku dapat membalasnya. Begitu juga dengan mak, mak juga tidak kurang hebatnya. Banyak pengorbanan yang telah mak buat untuk membesarkan kami. Terima kasih abah, terima kasih mak...

"Eh kenapa dengan kau ni Ika?"

"Tak ada apa-apa, tetiba je aku ingat kat abah aku."
Balasku sambil menyembat baju melayu yang kujahit. Kalau boleh aku nak buat secantik yang boleh. Biar segak bila abah memakainya di pagi raya. Inilah yang mampu untuk aku tunjukkan betapa aku sayangkan abah!

"Kenapa dengan abah kau? Dia sakit ke?"

"Itulah yang aku risaukan. Abah aku tu ada sakit darah tinggi. Entah macam mana agaknya keadaan dia waktu ni. Kau tahu Jihah, abah aku pernah pengsan kat stesen bas kerana diserang darah tinggi."

"Ika, sekurang-kurang kau boleh bersyukur sebab kau masih ada abah untuk bermanja. Tapi aku, dah lama kehilangan kasih sayang seorang ayah. Sekarang ni aku hanya ada mak sahaja Ika."
Jihah mula merintih, sayu kurasakan.

Aku menghentikan sebentar jahitan, cuba menarik nafas dalam-dalam. Sebak aku melihat Jihah. Sekurang-kurangnya ada orang lain yang lebih tidak bernasib baik berbanding dengan aku. Kasihan Jihah.

"Jihah, kadang-kadang aku tak faham dengan remaja zaman sekarang. Terlalu mudah melupakan pengorbanan seorang ayah, sedangkan ayah juga wajib dihormati dan disayangi seperti mana kita menyayangi ibu kita. Bukan setakat melawan kata-kata ayah malah ada juga di kalangan mereka sanggup memukul dan menghantar mereka ke rumah orang-orang tua. Apa, terlalu murah sangat ke kasih sayang yang pernah mereka curahkan sewaktu mereka masih kecil?"
Aku melepaskan kekesalan yang bersarang di hati. Anak yang sebegitu memang tidak wajar untuk dilahirkan!

Deringan telefon menghentikan perbualan aku dan Jihah. Aku bingkas bangun, menuju ke arah telefon yang bingit menjerit minta diangkat.

"Hello."

"Boleh cakap dengan Zulaika?"

"Ika cakap..."

"Kak, ni Haikal... bila akak nak balik?"

"Eh, kan raya minggu depan. Tunggu minggu depanlah."

"Kak, sebenarnya.. .. abah dah dua hari kat hospital."
Aku tersandar di dinding. Suara Haikal dah tak kedengaran lagi. Terputus agaknya....

"Apa yang aku takutkan dah terjadi Jihah..."
Aku menahan sebak...

Bersambung lagi ke part 3

----- Forwarded Message ----
From: SITI ARMIZA [mijot_aca@yahoo.com]
Sent: Monday, September 8, 2008 14:29:12
Subject: (-_-) ::baju raye untuk abah::

try , Rabu, September 10, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog