Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di mata
Ayah serta bonda..."
Aduh, syahdu pulak rasanya bila dengar lagu raya! Ni yang buat aku rasa macam nak terbang terus ke Alor Setar ni. Tak sabar-sabar rasanya aku nak balik kampung. Aku bukannya boleh dengar sangat lagu-lagu raya macam ni. Mulalah hati rasa sebak. Padahal bukannya tak selalu balik kampung. Pantang cuti je akulah manusia pertama yang tercegat kat Pudu Raya tu. Boleh dikatakan orang yang jaga kaunter bas tu dah kenal kat aku. Mana taknya... asyik muka aku je yang menjadi pelanggan tetap beli tiket.
Beg plastik di tangan kugenggam erat. Kaki aku ni dah naik lenguh berjalan. Bilalah aku nak sampai rumah ni. Itulah nak berjimat sangat. Sanggup berjalan kaki daripada naik bas atau teksi. Tapi kalau aku tak berjimat, alamatnya larilah budget aku bulan ni. Duit yang abah kirim pun cukup-cukup je. Takkan aku nak mintak tambah kot. Mak abah aku pun nak pakai banyak duit jugak. Nak beli baju raya adik-adik aku dan persiapan hari raya yang akan menjelang tiba, walaupun hanya hari raya haji je. Yang penting mak dan abah aku memang nak tengok anak-anak dia gembira dan cukup segalanya. Tapi kita orang nipun bukan jenis demand lebih, cukuplah dengan apa yang ada dan termampu oleh kedua orang tua aku tu. Jadi, sebagai anak sulung aku kenalah bertimbang rasa sikit. Alah, setakat jalan kaki tiga kilometer tu apalah sangat. Tapi semput jugak akak dibuatnya.
"Baru balik Ika?" tegur Jihah ketika aku sampai di muka pintu. Aduh, rasa macam baru lepas maraton sukan Olimpik pulak! Aku tersandar di muka pintu. Kepala aku pun mulalah nak berdenyut-denyut. Nak suruh cari bantallah tu.
"Kalau ye pun letih, takkanlah kau nak tidur kat depan pintu tu kot Ika?"
Eh! macam tahu-tahu jelah dia. Aku bingkas bangun, menuju ke bilik. Jihah hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihatkan telatahku.
"Kau tu dah sembahyang Zohor ke belum?"
Tak sempat lagi aku masuk ke bilik, Jihah menegur lagi.
Alamak! Aku belum sembahyang lagi. Kalau tahu dek abah aku, mesti aku kena sembur punya. Nasib baiklah ada mek Kelate sorang ni nak jugak tegur-tegur aku, walaupun kadangkala tu aku rasa mulut dia ni dah lebih daripada mulut tok aku di kampung.
"Engkau ni Ika, kalau aku tak tegur tadi sure dah dapat dosa besar percuma tadi."
Haa... kan aku dah cakap. Mulut minah ni memang mengalahkan mulut tok aku di kampung. Pedih jugak aku dengar. Dahlah letih aku tadi tak hilang lagi.
"Aku bukannya tak nak sembahyang Ika, tapi aku terlupa. Selama ni pernah ke kau tengok aku tinggal sembahyang?"
Panas jugak telinga aku bila dia tegur macam tu, walaupun memang dah sah-sah aku yang salah.
+++++
"Amboi, cantiknya kain. Nak buat baju raya ke?"
Bahuku tiba-tiba sahaja ditepuk dari arah belakang. Kus semangat! Dia ni masuk tak reti bagi salam agaknya. Nasib baik aku tak de sakit jantung kalau tak dah jadi satu kerja nak hantar aku kat hospital. Kan naya tu jadinya....
"Kau ni Jihah, kalau sehari tak bagi aku terperanjat tak boleh ke?"
balasku sambil menghamparkan kain yang baru kubeli di atas katil.
"Cantik tak?" Tanyaku.
"Kau nak buat baju raya lagi ke Ika? Eh baju yang ada tu tak cukup lagi ke?"
" Ada aku cakap nak buat baju raya untuk aku?"
"Habis tu kau nak buat apa? Takkan nak buat langsir tingkap kot?"
"Aku nak buat baju melayulah... "
"Baju melayu? Untuk siapa?"
"Untuk lelaki yang paling aku cintai dalam hidup aku."
"Siapa? Sampai hati kau yek. Bercinta tapi tak cerita kat aku."
"Eh kau tak tahu lagi ke? Kan dah lama aku bercinta dengan dia."
"Siapa? Iskandar ke?"
Terkejut jugak aku. Tak de nama lain ke yang dia nak sebut? Sebutlah nama yang sedap sikit. Ni tak budak Iskandar tu yang menjadi pilihan.
"Mamat perasan tu? Daripada aku bercinta dengan dia, baik aku bercinta dengan Dr. Hashim yang tua tu. Dapat gak ilmu dia, tua-tua berisilah jugak..."
Jihah merenung tajam ke arahku. Aku ketawa kecil melihatkan wajah Jihah yang serius. Tapi ketawa ku reda akhirnya bila melihat wajahnya semakin mencuka. Takkan marah kot. Alah minah ni, aku bergurau sikitpun tak boleh. Tetiba je jadi gadis sensitif.
"Kau ni Ika, cubalah serius sikit. Siapa lelaki tu?"
"Nama lelaki bertuah tu Zulkifli Shaari. Ha! Puas hati?"
"Zulkifli? Aku tak pernah dengar pun nama tu. Budak fakulti mana? Aku rasa member kita memang tak de nama tu. Budak mana pulak ni?"
"Dia bukan student sini, Dia dah kerja dan duduk kat Alor Setar."
"Siapa dia tu? Orang kampung kau ke? Wah! Okeylah tu, dapat orang satu kampung. Bolehlah tengok mak dan abah kau kat kampung. Paling tidak pun senang kau nak kahwin nanti. Tak payahlah hantar jauh-jauh."
Ya Allah. Blur betullah perempuan ni. Dah bagi clue pun tak boleh nak tangkap lagi. Nama je belajar tinggi-tinggi tapi... L.E.M.B.A.B!
"Kata kau ni member baik aku. Tapi Zulkifli Shaari pun kau tak kenal. Itu abah akulah!"
Geram betul aku. Nama abah aku pun dia tak tahu. Macam baru sehari dua kenal aku.
"Abah akukan dah lama tak berganti baju raya. Jadi aku ingat raya tahun ni biarlah dia beraya dengan baju baru pulak. Barulah bermakna raya haji tahun ni."
"Kenapa kau tak beli yang dah siap berjahit? Kan senang... tak payahlah kau tempah lagi."
"Beli dengan jahit tak samalah Jihah. Ada lainnya. Aku rasa puas kalau abah aku pakai baju hasil daripada tangan aku sendiri,"
terangku sambil melipat kembali kain yang kubeli. Esoklah aku mula menjahit. Hari ni aku rasa letih sangat. Mata ni pun dah tak larat nak celik dah. Berat je rasanya.
"Dekat abah je ke? Dekat mak kau?"
"Bukannya aku tak nak beli untuk mak aku, tapi dah tiap-tiap tahun baju baru. Tunggulah tahun depan lak aku buatkan untuk mak aku pulak."
bersambung ke part-2
----- Forwarded Message ----
From: SITI ARMIZA [mijot_aca@yahoo.com]
Sent: Monday, September 8, 2008 14:29:12
Subject: (-_-) ::baju raye untuk abah::
Selasa, September 09, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Baju Raya untuk Abah (Part 1) silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "