2+4 hrs...Twogether Fourever

/

apabila agama rasmi negara x dihormati

Amat terharu, Islam adalah agama rasmi negara. Islam ditegakkan berlandaskan Quran dan Sunnah. Namun, apabila seorang anak muda cuba mengikut sunnah, pada 6.30 petang khamis malam jumaat, menaiki motorsikal memakai serban setahun yg lalu, dihadapkan ke mahkamah.

Apa definasi Lebai?, siapa yg boleh dikatakan lebai? Ntah! Pemakaian Serban adalah sunnah Rasullullah S.A.W. Salahkah kita mencontohinya, dalam hal ini, apa kekurangannya dengan haji, lebai serta individu berketurunan Sikh? Bukan untuk mempolitikkan perkara ini, tapi saya amat sedih, kita di sepatutnya berbangga dengan beliau, yg cuba menegakkan sunnah Rasulullah S.A.W!!!

Islam Agama Rasmi Negara Kita, Islam ditegakkan mengikut Al-Quran Dan Sunnah, Kes di atas adalah contoh yg amat kecil, tetapi amat nyata. sebab tu depa boleh sesuka hati hina Islam, Tak bagi kita melaungkan Azan di Sri Damansara, Puchong Jaya dan lain2 tempat lagi. Amat mendukacitakan.


Sedarlah, dunia sudah penghujung, zaman sudah hampir berakhir. Kalau di sebuah negara yg kononnya Sebuah Negara Islam, perkara sebegini boleh berlaku, apatah lagi negara luar, yg bukan Islam. Jgn sampai Azan tidak lagi kedengaran di malaysia sudahlah!

Sorang dengan mata satunya, kaler biru; sorang dengan huruf nun, bermata satu gak, kaler merah, mengajak kita beriman kepada mereka. biar mereka menjadi pemimpin. Bongkar konspirasi sana, pertualangan sini. Tapi yg sedihnya, bangsa kita tetap leka, betul ke dua2 tuh layak untuk memimpin sebuah negara islam? mari kita kaji balik makna pemimpin, Amirul Mukminin. Apa ciri2 pemimpin itu sebenarnya? bukak lah buku sekolah balik.

Kemana hala tujunya negara kita sekarang, pastinya anda pun kabur, Contoh terbaik, mari kita lihat adalah negara jiran kita, Indonesia. Bapak SBY, alhamdulillah amat mementingkan anjakan paradigma dalam nilai sosial dan akhlak bangsanya, memerangi rasuah sehingga akar umbinya, setiap yg bertanggungjawab, menunaikannya tanpa rasa penting diri, hanya keredaan kepada Allah, Agama dan kemajuan bangsa.

Kita, negara malaysia. everything about politics are very fishy, hanyir, rasuah berleluasa dan amat terang-terangan, yang kaya, makin kaya, yg sederhana makin mundur. Pemimpin dikalangan penyangak, Lunas2 agama berlandaskan Quran dan Hadith di permain-mainkan. Bangsa kita makin terhimpit, Ekonomi meruncing, Kerja tiada, Tanah dah tergadai. Aklak dan sosial generasi muda? Entah lah!!! takkan dalam konsert, muda-mudi sebangsa dan seagama, walau anak2 gadis pingitan, bertudung, tanpa malu dan segan silu bergaul, dan yg sgt memeranjatkan memakai topi bertanduk, yg diberi secara percuma. Masya Allah!!!

Sedarlah, kita yang berbangsa berkulit tembaga. Kita duk belajar yg Akhir zaman nanti, akan keluar satu kaum yg melakukan kerosakan di mukabumi, yg sekarang ini telah ditutup dengan dinding tembaga oleh iskandar dzulkarnain. Siapa asal usul kita, parameswara@sangsapurba, keturunan dari raja suran, yg datang dari india, susurgalur Iskandar dzulkarnain itu. Rujuk kembali Hikayat Sejarah Melayu, Tun Sri Lanang.

Sebuah masjid berusia seratus tahun di melaka, yg dibina oleh alim2 ulamak terdahulu, kini telah diruntuhkan, kerana telah lari kiblatnya. Adakah kita sudah bersedia dengan hakikat ini?. Sedarlah!!!

Wallahu Alam Bissawab. Nauzubillahi min Zalik.
(mintak2lah pandangan saya ini dibaca, ditapis sematangnya. kalau elok, harap disampai-sampaikan, kalau tak elok mohon ingatkanlah saya, Amin)

sekian dan harap maaf,

Badrul Sham Mizan
badrul987@gmail.com


"Dia didakwa mengikut Kaedah 4 Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan dibaca bersama Seksyen 128(1) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat, manakala Ahmad Nasir yang hadir di mahkamah dengan memakai serban semalam diwakili Ahmad Rizal Affande Zainol.

Kes berkenaan menarik perhatian umum sebelum ini selepas OKS mengaku tidak bersalah kerana ketika disaman, dia memakai serban dan mendakwa tidak boleh disaman.

Bagaimanapun, berdasarkan Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 menyatakan pengecualian hanya untuk seseorang yang bergelar haji, lebai serta individu berketurunan Sikh"



Mahkamah arah pelajar bela diri
Oleh Isma Ismail
isma@hmetro.com.my

KOTA BHARU: Seorang pelajar sekolah pondok yang disaman polis kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal diarah membela diri oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Pelajar berkenaan yang juga Orang Kena Saman (OKS), Ahmad Nasir Darus, 27, diarah membela diri oleh Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri Sultan Ismail Petra selepas mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadapnya.

"Selepas mendengar keterangan saksi dan hujahan, mahkamah berpuas hati dengan keterangan diberikan dan OKS diarah membela diri kerana pendakwa membuktikan kes prima facie," katanya ketika membacakan penghakimannya.

Ahmad Nasir yang belajar di Madrasah Al-Diniah Al-Bakriah, Pasir Tumboh di sini, sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan tidak memakai topi keledar di Jalan Pasir Tumboh di sini, jam 6.30 petang, 20 September 2007.

Dia didakwa mengikut Kaedah 4 Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan dibaca bersama Seksyen 128(1) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat, manakala Ahmad Nasir yang hadir di mahkamah dengan memakai serban semalam diwakili Ahmad Rizal Affande Zainol.

Kes berkenaan menarik perhatian umum sebelum ini selepas OKS mengaku tidak bersalah kerana ketika disaman, dia memakai serban dan mendakwa tidak boleh disaman.

Bagaimanapun, berdasarkan Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 menyatakan pengecualian hanya untuk seseorang yang bergelar haji, lebai serta individu berketurunan Sikh.

Pada 21 Julai lalu, kedua-dua pihak mengemukakan hujahan bertulis kepada mahkamah diikuti hujahan balas peguam bela dan pihak pendakwa masing-masing pada 4 dan 18 Ogos lalu.

Tengku Amalin Ai'Ishah kemudian menetapkan 24 November ini untuk membolehkan OKS membela diri.
try , Khamis, September 18, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog