Rabu : 23 April 2025   
@ 25 Syawal 1446H / 9:37 AM

21Khamis,Ogos

Wanita bekerjaya tidak teragak-agak sabotaj rakan

Kaum hawa pentingkan diri sendiri

SINGAPURA: Satu kajian antarabangsa mendedahkan wanita adalah 'musuh' sendiri di tempat kerja kerana didapati tidak akan mempromosi golongan mereka untuk kenaikan pangkat.

Kajian saintis Shannon L Goodson dari Amerika pada 2008 itu adalah sebahagian daripada kandungan buku baru beliau berjudul The Psychology of Sales Call Reluctance yang membuat perbandingan terhadap hampir 11,500 wanita profesional dan 16,700 lelaki dari 34 negara.

Goodson berkata wanita profesional di Britain, Amerika dan China didapati lebih berminat mempromosikan kepentingan mereka, manakala wanita New Zealand, Sweden adalah yang paling kurang berminat terhadap kerjaya, diikuti wanita Australia dan Kanada.


Bagaimanapun secara keseluruhan kata Shannon, ramai wanita tidak melakukan sesuatu yang cukup baik untuk meningkatkan kerjaya masing-masing.

"Wanita tidak mewujudkan siling kaca yang menjadi penghalang yang mengehadkan wanita untuk meningkatkan keupayaan diri mereka, tetapi merekalah yang mengekalkan siling kaca itu," kata Goodson.

Kajian beliau juga mendapati ramai wanita yang berjaya meningkatkan kerjaya mahu kejayaan itu menjadi milik mereka seorang saja, sebilangannya tidak teragak-agak mensabotaj peluang wanita lain untuk mendapat kenaikan pangkat atau meningkatkan kerjaya mereka.

Beliau berkata, keupayaan untuk membuktikan sumbangan dan kecekapan di tempat kerja adalah ciri penting dalam pengurusan kerjaya era moden dan ini antara perkara yang belum mampu dilakukan kebanyakan wanita berbanding rakan kerja lelaki mereka.

Kajian Goodson mendapati kebanyakan lelaki tidak menghadapi masalah membuktikan sumbangan malah ada yang sanggup berbohong.


Bagaimanapun katanya, ramai wanita masih menganggap usaha mempromosikan diri sendiri sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima secara 'sosial' dan percaya kenaikan pangkat diperoleh hanya dengan kerja kuat. - Reuters
try , Khamis, Ogos 21, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog