/

Pengguna Telefon Bimbit Boleh Tukar Penyedia Perkhidmatan Tanpa Tukar Nombor Mulai Oktober 2008

KUCHING, 11 Ogos - Pengguna telefon bimbit di seluruh negara boleh menikmati sistem "Kemudahalihan Nombor Selular (MNP)" yang membolehkan pelanggan telefon mudah alih mengekalkan nombor selular yang mereka gunakan walaupun bertukar penyedia perkhidmatan, mulai Oktober tahun ini.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor bagaimanapun berkata pengguna telefon selular di Kuala Lumpur akan mula menikmati sistem tersebut mulai bulan depan sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada Oktober.

"Dari segi caj, kita akan biarkan pihak industri menentukannya, namun kadar siling RM25 telah ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat, Eropah, Australia, Korea Selatan dan Taiwan adalah antara negara yang telah dilaporkan melaksanakan MNP.


Dalam perkembangan lain, Shaziman berkata kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) mahu meningkatkan kadar liputan perkhidmatan selular daripada 92 peratus kepada 97 peratus pada hujung tahun 2010 melalui program yang dikenali sebagai "Time 3".

Beliau berkata program tersebut meliputi kawasan pedalaman di seluruh negara dengan kepadatan penduduk kurang 80 orang dalam satu kilometer persegi, termasuk Felda, Fecra dan orang Asli selain lebuh raya persekutuan dan kawasan tumpuan pelancongan baru yang masih belum diliputi oleh perkhidmatan selular.

Menurutnya menerusi program itu, 1,250 unit menara telekomunikasi akan dibina dalam dua fasa, dengan fasa pertama yang melibatkan 600 unit menara, bermula bulan lepas hingga Disember tahun depan manakala fasa kedua yang melibatkan 650 unit menara, bermula pada Julai tahun depan hingga akhir 2010.

Bagi Sarawak, Shaziman berkata 39 unit menara akan dibina menerusi fasa pertama dan 164 unit lagi menerusi fasa kedua dengan keseluruhan kos sebanyak RM244 juta.

"Apabila projek Time 3 ini siap, kadar liputan perkhidmatan selular di Sarawak akan dapat ditingkatkan kepada 85 peratus menjelang akhir tahun 2010," katanya. - bernama
try , Selasa, Ogos 12, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog