/

Pemburuan haram: Gajah Afrika dijangka pupus 2020

WASHINGTON: Gajah Afrika, spesies gajah terbesar dunia dijangka pupus menjelang 2020 berikutan perbuatan membunuh haiwan itu untuk mendapatkan gadingnya meskipun ia sudah diharamkan sejak 1989.

Perdagangan gading secara haram dilakukan kebanyakannya oleh sindiket jenayah dan didorong oleh pasaran yang semakin meningkat di China dan Jepun untuk dijadikan bahan ukiran dan cop tandatangan dikenali hankos.

Gesaan yang membawa kepada pengharaman perniagaan gading seperti dilupakan berikutan kurangnya kesedaran terhadap nasib haiwan mamalia itu.

Profesor biologi di Universiti Washington, Samuel Wasser, berkata kematian gajah akibat pemburuan haram di seluruh Afrika meningkat kepada lapan peratus setahun berdasarkan kajian terbaru.

Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding 7.4 peratus 20 tahun lalu yang membawa kepada pengharaman menjual gading gajah,” katanya.

Dalam kertas kerja yang ditulis bersama rakannya, beliau, bagaimanapun berkata kadar kematian akibat pemburuan haram pada akhir 1980-an dibuat berdasarkan populasi gajah yang melebih sejuta ekor ketika itu sedangkan hari ini jumlah gajah di seluruh Afrika adalah kurang daripada 470,000.

Jika kegiatan haram ini berterusan kita tidak akan dapat melihat gajah kecuali di kawasan berpagar yang memerlukan penguatkuasaan undang-undang untuk melindunginya,” katanya.

Profesor Wasser berkata makmal beliau berjaya menghasilkan kaedah ujian DNA untuk menentukan dari negara mana datangnya gading gajah.

Perkara ini penting kerana pemburu haram kerap membunuh gajah di sebuah negara tetapi menyeludupnya dari negara jiran untuk mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

“Sebagai contoh kira-kira 6.5 tan gading yang dirampas di Singapura pada 2002 dihantar dari Malawi, tetapi ujian pengesanan DNA menunjukkan gading itu berasal dari Zambia,” katanya - Agensi
try , Khamis, Ogos 07, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog