Produk dalam bentuk kapsul itu mengandungi serbuk susu kuda liar tulen yang diperoleh daripada lebih 10,000 ekor kuda yang diternak di sebuah ladang di Irian Jaya, Indonesia.
Pengarah Urusan Setia Brothers, Norhayati A. Rahim berkata, kapsul susu kuda liar itu dikelaskan sebagai makanan tambahan yang boleh menjadi alternatif perubatan moden.
Katanya, produk itu telah diuji secara saintifik di makmal oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan hasilnya menunjukkan sel kanser yang dititiskan susu kuda liar berkurangan kira-kira 60 peratus.
"Sejak kita memperkenalkan susu kuda liar asli dalam bentuk cecair kira-kira 12 tahun lalu, ia telah banyak membantu para pesakit kanser.
"Sejak itu kita sentiasa membuat penambahbaikan seperti menjadikannya dalam bentuk kapsul dan yang terbaru ialah pembungkusan yang lebih menarik dan penggunaan jenama Niemans Feramilch Capsule," katanya kepada Utusan Malaysia pada MAHA 2008 di sini hari ini.
Norhayati berkata, selain sesuai digunakan penghidap kanser, kapsul berkenaan juga boleh digunakan antaranya untuk pesakit lelah, darah tinggi, denggi dan sakit sendi.
Katanya, ia juga boleh dijadikan makanan tambahan untuk semua peringkat umur dan boleh diambil satu kapsul sehari atau selang dua hari.
"Untuk bayi, kita sarankan ia diberikan kepada yang berusia enam bulan ke atas sahaja manakala bagi pesakit kanak-kanak dan dewasa ia bergantung kepada tahap keseriusan penyakit namun ia tidak boleh melebihi empat kapsul sehari," katanya.
Sebotol Niemans Feramilch Capsule yang mengandungi 60 kapsul dijual pada harga RM198 manakala untuk pek yang mengandungi 20 kapsul dijual dengan harga RM96.40.- utusan

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

ibu saya seorang penghidap kanser peringkat ke 4.adakah ibu say sesuai menggunakan produk ini?
BalasPadam