Selasa, 5 Ogos 2008

Doktor tak setuju bedah kosmetik faraj

CANBERRA: Doktor Australia menyuarakan kebimbangan mengenai keghairahan klinik tertentu menawarkan pembedahan kosmetik vagina (faraj) sambil memberi amaran aliran itu menjadikan wanita yang mudah terpengaruh sebagai sasaran.

Kolej Sakit Puan Diraja Australia dan New Zealand berkata, prosedur yang ditawarkan termasuk kaedah meremajakan semula bahagian kemaluan wanita.


"Apa yang terbabit dalam prosedur ini selalunya tidak jelas kerana klinik diiktiraf tidak digunakan," menurut kolej berkenaan dalam satu kertas kerja yang disiarkan minggu ini.

Kolej terbabit melabelkan prosedur itu sebagai berbahaya, mahal dan tidak dijamin serta menyatakan ia menentang pembedahan seumpama itu yang tidak disokong bukti kukuh saintifik atau percubaan klinikal.

"Risiko komplikasi berlaku seperti parut, kecacatan kekal, jangkitan dan sensasi seksual yang diubah suai perlu dibincangkan secara terperinci dengan wanita yang mahu menjalani rawatan seumpama itu," menurut kenyataan.

Kolej itu juga menekankan, wanita perlu faham ada banyak variasi dalam penampilan kemaluan biasa wanita.

"Kami bimbang pembedahan seperti itu yang tentunya satu bentuk eksploitasi terhadap wanita menyebabkan mereka mudah terpengaruh," katanya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan