/

Caj Perkhidmatan PTPTN Satu Peratus Mulai 1 Jun 2008

PUTRAJAYA, 13 Ogos - Kabinet hari ini bersetuju mengurangkan caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada satu peratus bagi semua pelajar universiti berkuatkuasa Jun tahun ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan hari ini.

Beliau berkata keputusan itu membabitkan peminjam sedia ada, peminjam yang telah tamat belajar tetapi masih belum menyelesaikan pinjaman dan semua bakal peminjam.


"Pelajar baru yang memohon pinjaman sebelum sistem baru dilaksanakan, permohonan mereka akan diproses dan diluluskan mengikut kaedah sedia ada dan pelarasan akan dibuat kemudian apabila sistem baru siap dibangunkan menjelang Disember tahun ini," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Mohamed Khaled berkata bagi peminjam yang tidak pernah membayar, tetap dikenakan kadar caj yang lama dan denda sebanyak satu peratus juga akan dikenakan, hanya baki jumlah pinjaman selepas 1 Jun sahaja layak mendapat kadar caj yang baru.

Sebelum ini, caj perkhidmatan PTPTN yang dikenakan terhadap penuntut peringkat siswazah ialah tiga peratus manakala pasca siswazah pula lima peratus.

Beliau berkata surat perjanjian baru akan diedarkan kepada peminjam sedia ada dan yang telah tamat belajar menjelang tahun depan serta peminjam diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan dokumen baru itu dan mengembalikannya semula kepada PTPTN.

"Peminjam perlu menjawab surat tawaran itu sama ada setuju atau tidak, ini perlu kerana ia melibatkan perjanjian, mereka (peminjam) tidak boleh anggap bila kita umum ia akan berubah kerana ini ada perjanjian.

"Kalau peminjam tidak memberikan sebarang jawapan, kadar caj yang lama akan tetap dikenakan," katanya.

Mohamed Khaled berkata dengan penurunan kadar caj itu diharapkan usaha mendapatkan semula pinjaman akan dipertingkatkan dan pelajar juga tidak mempunyai alasan lagi untuk gagal melunaskan pinjaman mereka.

Jumlah peminjam PTPTN sekarang bagi pelajar siswazah (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) ialah 1.04 juta manakala peminjam bagi pasca siswazah (Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah) seramai 2,473 orang.


Selaras dengan keputusan itu juga kementerian sedang mengkaji kemungkinan untuk menumpukan pembiayaan pendidikan di peringkat sarjana, doktor falsafah dan profesional hanya dalam bidang-bidang strategik sahaja. - bernama
try , Khamis, Ogos 14, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog