Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 4:08 AM

12Selasa,Ogos

Bedah kosmetik mungkin percepat proses penuaan

Majoriti pelanggan kesal, doktor percaya tahap kesihatan terjejas

LONDON: Kegilaan beribu wanita menjalani pembedahan kosmetik yang kosnya dianggarkan mencecah lebih £900 juta (RM5.8 bilion) setahun sebenarnya tidak berkesan dalam mengekalkan keremajaan sebaliknya mempercepatkan proses penuaan.

Malah, pesakit dan juga doktor semakin tidak yakin pembedahan kosmetik adalah selamat seperti yang disangka sebelum ini, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Seorang ahli Persatuan Doktor Kosmetik Britain, Dr Michael Prager, meluahkan keyakinan berdasarkan pengalaman klinikal bahawa pembedahan itu sebenarnya mempercepatkan proses penuaan.

"Empat daripada lima pelanggan saya menyesal dengan keputusan mereka melakukan prosedur itu dan kembali kepada saya untuk mendapatkan rumusan tidak berasaskan pembedahan. Hakikatnya ialah anda tidak boleh memperbaiki tahap kesihatan kulit dengan memotongnya.

"Jika anda memotong tisu sihat dan saluran darah serta melekatkan semula lapisan kulit dari otot di bawahnya, anda sengaja mewujudkan parut dan mengurangkan keberkesanan pengedaran. Saluran darah lebih kecil akan ada tidak lama kemudian tetapi ia tidak berkesan seperti saluran lebih besar yang digunakan untuk membekalkan kulit dengan darah dan zat yang diperlukan," katanya.

Beliau berkata, kulit yang sudah dipotong akan semakin nipis dan ia membuatkan seseorang kelihatan muda tetapi memberi amaran wajah boleh diregangkan tetapi kesannya tidak berpanjangan yang memaksa pesakit terus menjalani prosedur meregangkan ia.


"Pembedahan berterusan hanya mewujudkan wajah berongga yang rata, tanpa kelicinan dan kelembutan remaja," katanya.

Dr Prager menekankan, pembedahan menyedut lemak yang digunakan untuk mengurangkan berat badan juga memberi kesan buruk kepada pesakit. - Agensi
try , Selasa, Ogos 12, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog