Rabu, 30 Julai 2008

Remaja terlibat seks bebas hadapi masalah kesuburan

KUALA LUMPUR, 29 Julai - Remaja yang aktif melakukan hubungan seks bebas terdedah kepada risiko menghadapi masalah kesuburan apabila berkahwin, kata pakar sakit tuan, Prof. Dr. Ismail Thambi.

Katanya biasanya kegagalan organ pembiakan berpunca daripada jangkitan kuman, kulat dan virus akibat daripada hubungan seksual yang tidak bersih dan berbilang pasangan.


"Banyak pasangan yang gagal mendapatkan zuriat datang kepada saya, dan bila diperiksa terdapat seorang daripada mereka dijangkiti kuman dan virus akibat hubungan seksual bebas yang kerap sebelum berkahwin," katanya.

Dr. Ismail berkata ada juga beberapa pasangan yang kecewa apabila mendapat tahu bahawa pasangan mereka pernah terjebak dalam hubungan yang tidak sihat itu. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan