LOS ANGELES - Fenomena pergerakan pantas cahaya suar yang cuma dapat disaksikan di kawasan kutub utara dan selatan berjaya dirungkai hasil pemantauan lima buah satelit agensi angkasa Amerika Syarikat (NASA).
Penemuan dilaporkan menerusi jurnal dalam talian Science Express itu mendedahkan sinaran dipacu daripada pelepasan tenaga disimpan lebih 100,000 kilometer dalam medan magnet yang terlindung di dasar Bumi.
"Ia lazim meletup apabila medan magnet itu dirangsang ketika berubah bentuk dan bergerak seumpama irama muzik di langit," jelas Vassilis Angelopoulos dari Universiti California. - Agensi
Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan