Rabu, 30 Julai 2008

Pupus kerana kebuluran

LONDON - Sebuah agensi amanah pemuliharaan haiwan Britain, National Trust mendedahkan jumlah puffin, sejenis burung laut berparuh besar, di satu koloni terbesarnya di England menunjukkan penurunan secara mendadak.

Saiz populasi haiwan itu mencatatkan kejatuhan satu pertiga dalam masa lima tahun di Kepulauan Farne dan punca kemerosotan tersebut berpunca daripada masalah kebuluran sepanjang hampir setahun lalu.

"Kami mulanya jangka peningkatan berbanding bancian pada 2003 kerana jumlah sarang burung itu amat banyak tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," kata ketua warden pulau, David Steel.

Bancian selama tiga bulan di lapan buah pulau terbabit merekodkan hanya sejumlah 36,500 pasangan puffin yang dapat dikesan berbanding 55,674 pasangan dicatatkan lebih lima tahun lalu. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan