Dalam satu kajian, ujian makmal menunjukkan apabila usia meningkat, kemampuan otot lembut pada rahim untuk mengecut semakin berkurangan, melambatkan proses kelahiran dan meningkatkan kemungkinan Caeserean perlu dilakukan.
“Hasil kajian jelas menunjukkan kaitan antara usia lanjut dan masalah ketika bersalin berkemungkinan mencerminkan kesan biologi masalah penuaan pada rahim,” kata ketua penulis kajian, Dr Gordon C S Smith, daripada Universiti Cambridge di United Kingdom, dalam satu kenyataan.
Smith dan pasukannya membuat rumusan berdasarkan analisis data ke atas 583,843 wanita yang memasuki pangkalan data Scotland sejak 1980 hingga 2005.
Ketika tempoh kajian penuh, bilangan wanita yang melahirkan anak pertama pada usia 30 hingga 34 tahun meningkat tiga kali ganda, wanita berusia 35 hingga 39 tahun bertambah tujuh kali ganda dan wanita berusia 40 tahun dan ke atas naik 10 kali ganda. - Reuters
bh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan