KUALA LUMPUR, 29 Julai - Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan merampas gula-gula untuk kesihatan "Hotton Vitality Candy" yang dikesan mengandungi racun berjadual Aminotaladafil (analog tadalafil) yang boleh membawa kesan sampingan jika digunakan secara berterusan atau dalam dos yang tinggi.Menurut kenyataan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, rampasan bernilai RM1.18 juta itu dibuat dalam serbuan di premis sebuah syarikat pengimport di Damansara Jaya dan premis pengedarnya di Bandar Puteri di Puchong pada 17 Julai lepas.
Taladafil merupakan ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mati pucuk dan penggunaan ubat itu dalam dos yang tinggi boleh mengakibatkan kegagalan jantung dan sesak nafas serta hilang daya ingatan.
"Keselamatan menggunakan analoq bahan ini untuk tujuan perubatan belum pernah dijalankan secara saintifik. Campuran Aminotaladafil (analoq Taladafil) di dalam gula-gula tersebut bertujuan untuk mengelak dikesan oleh pihak berkuasa dan untuk mengelirukan orang awam bahawa gula-gula ini selamat dimakan tanpa menyedari bahaya bahan itu," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Hotton Vitality Candy yang dipasarkan dalam kotak berisi empat biji dan berperisa halia, kopi, kayu manis dan mint diimport dari Thailand dan dijual pada harga RM5 sebiji.
Orang ramai dinasihat tidak menggunakan Hotton Vitalitry Candy dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya produk tersebut masih terdapat di pasaran.
"Pengimport dan pengedar Hotton Vitality Candty boleh didakwa di mahkamah di bawah Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu. - bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan