/

Forbes : Individu Berpendapatan Tertinggi

LONDON: Penulis Britain, J K Rowling (gambar) yang dikenali menerusi karyanya Harry Potter, muncul individu meraih pendapatan tertinggi dalam senarai majalah kewangan Forbes dengan memperoleh kira-kira £150 juta (RM1.05 bilion) sepanjang tahun lalu.

Ini meletakkan penulis wanita itu mengatasi nama besar billionair lain seperti pengacara popular program bual bicara Amerika Syarikat, Oprah Winfrey yang meraih pendapatan £137.5 juta (RM962.5 juta).

Buku Harry Potter dalam beberapa siri yang bertumpu pengalaman budak lelaki yang memiliki kuasa ajaib, dijual kira-kira 375 juta naskhah di seluruh dunia.


Malah, menurut Forbes, buku terbaru Harry Potter And The Deathly Hallows, dijual 44 juta naskhah selepas berada di pasaran sejak Julai tahun lalu.

Bagi senarai pelakon Hollywood, aktor berbakat, Will Smith (gambar) yang kini popular dengan filem Hancock, mendahului senarai dengan pendapatan sebanyak £40 juta (RM260 juta) tahun lalu.

Pelakon berusia 39 tahun itu mengatasi aktor yang tidak kurang hebatnya, Johnny Depp, di tempat kedua dengan pendapatan £36 juta (RM234 juta).

Di kalangan pelakon wanita, Cameron Diaz (gambar), memperoleh £25 juta (RM162.5 juta) dan mengatasi aktres kelahiran Britain, Keira Knightley yang mendapat bayaran sebanyak £16 juta (RM104 juta).

Knightley yang berusia 23 tahun, turut mengenepikan pelakon lebih ‘senior’ seperti Angelina Jolie, Jodie Foster dan Gwyneth Paltrow.

Jolie yang menjadi aktres paling popular dan sering menjadi bualan, sebaliknya berada di tangga ke-10 senarai itu dengan pendapatan kira-kira £7 juta (RM49 juta).

Turut tersenarai di senarai teratas adalah barisan pelakon muda di Britain dan Hollywood iaitu pelakon watak Harry Potter di layar perak, Daniel Radcliffe yang cuma berusia 19 tahun, berkongsi tempat dengan pelakon siri Hannah Montana, Miley Cyrus, 15, dengan kedua-duanya masing-masing memperoleh pendapatan £12.5 juta (RM87.5 juta), tahun lalu. - Agensi

bh & forbes
try , Jumaat, Julai 25, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog