----- Forwarded Message ----
From: "Mohamed Fudzail@yahoo.com" <Mohamed Fudzail@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Monday, June 9, 2008 14:10:04
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Penyeluk Saku Berkumpulan
From: "Mohamed Fudzail@yahoo.com" <Mohamed Fudzail@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Monday, June 9, 2008 14:10:04
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Penyeluk Saku Berkumpulan
Assalamualaikum wm wbt.
Sekadar peringatan bagi mengelakkan kejadian ini dari berulang terutamanya bagi mereka yang akan pulang untuk bercuti pada musim panas ini.
Semasa di tanah air baru-baru ini, telah mengunjungi gedung beli-belah Alpha Angle yang terletak di Wangsa Maju. Semasa ingin menaiki tangga bergerak dari Pasaraya Jusco, Medan Selera dan McDonald di dapat terdapat 4 orang lelaki dari Malaysia Timur (samada Sabah atau Sarawak) sedang berborak di tangga naik berkenaan.
Sedang saya dan isteri menghala untuk menaiki tangga berkenaan, 2 dari mereka meluru ke hadapan saya manakala 2 yang lain mengikut rapat di belakang saya dan menyebabkan isteri saya terpisah kira-kira 3 ke 4 anak tangga. Kebetulan hari tersebut hari Sabtu dan sebelah petang, jadi suasana memang agak sibuk dengan pengunjung.
2 orang di hadapan saya itu terus bercerita dengan rancak dan saling mengadap antara satu sama lain dan kononnya sama berborak dengan 2 rakan mereka yang berada di belakang saya. Merasakan diri telah terkepung, saya mencurigai setiap pergerakan yang mereka lakukan.
Kemudian, salah seorang dari yang berada di hadapan saya telah menjatuhkan penyarung telefon bimbit beliau dan dengan sengaja tidak mengendahkannya serta terus berborak di dalam loghat masing-masing manakala yang seorang lagi memerhatikan setiap gerak geri saya.
Ketika sudah hampir di penghujung tangga bergerak berkenaan (di Kedai Secret Recipe), suspek yang menjatuhkan penyarung telefon tadi tunduk seolah-olah ingin mengambil barang berkenaan dan kelihatan seperti terkial-kial walhal bukannya sukar untuk berbuat berkenaan.
Kejadian menyebabkan berlaku sedikit kesesakan dan asakan dari arah belakang. Bila ini berlaku, secara spontan saya memegang saku sebelah kanan dari arah luar sebab dompet dan kunci kereta saya berada di dalamnya. Pada masa ini, seorang dari anggota kumpulan cuba untuk menyeluk saku saya akan tetapi tidak berjaya disebabkan saya telah memegang peha saya dengan agak kuat. Poket sebelah kiri yang ada telefon bimbit pula berada rapat pada dinding tangga bergerak berkenaan.
Setelah mendapati cubaan mereka ini gagal, anggota kumpulan yang berada di hadapan yang memerhatikan pergerakan saya secara tiba-tiba melolong dan membuat bunyi bising. Di dalam kekecohan itu, anggota yang menjatuhkan barang telah bergerak ke arah kiri, yang membuat bunyi bising ke arah kanan manakala 2 di belakang saya telah turut berpecah dan bergegas meninggalkan lokasi.
Saya cuba untuk mengikut anggota yang membuat bunyi bising itu dan didapati beliau melulu dengan cepat untuk menuruni semula tangga berkenaan yang terletak di bahagian belakang tangga naik. Saya membatalkan penjejakan oleh kerana isteri saya masih tertinggal di belakang.
Alhamdulillah, mujur tiada apa-apa yang hilang dan terus saya terangkan kepada beliau apa yang berlaku. Beliau perasan saya dikepung akan tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan saya menerangkan cubaan komplot tersebut.
Syukur cubaan tersebut berjaya dipatahkan kerana jikalau tidak, selain wang ringgit, dokumen-dokumen lain seperti kad pengenalan, lesen-lesen memandu, kad-kad kredit, kad-kad bank dan sebagainya perlu dibuat aduan dan pembatalan. Bukan semua nombor-nombor siri yang berkenaan selain nombor kad pengenalan diingat apatah lagi nombor yang perlu dihubungi untuk pembatalan sementara.
Semoga kejadian ini tidak berlaku lagi kepada sesiapa dan sila berwaspada bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dari berulang.
Wassalam.
Selasa, Jun 17, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Penyeluk Saku Berkumpulan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "