Jauh di sudut hatinya, ibu kanak-kanak malang itu, Suraya Ahmad, 28, tetap berharap kes kehilangan anaknya tersebut kembali mendapat perhatian masyarakat dan pihak berkuasa sebagaimana pada awalnya.
Katanya, jika sebelum ini kehilangan anaknya turut dirasai kebanyakan pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetapi kini nampaknya beransur-ansur menyepi.
“Kami berharap orang ramai dan media tidak lupa kes Sharlinie kerana bantuan anda semua dalam menyalurkan maklumat amat diharapkan. Kami sekeluarga yakin Sharlinie pasti akan kembali. Saya selalu harap untuk dapat bertemu dengannya walaupun dalam mimpi,” katanya dalam nada sedih ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Sharlinie hilang, dipercayai diculik ketika dalam perjalanan pulang selepas bermain bersama kakaknya, Sharliena di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya pada 9 Januari lalu.
Sejak itu, selain polis, pelbagai pihak termasuk media dan orang perseorangan menghulurkan bantuan mencarinya tetapi sehingga kini usaha itu masih gagal membuahkan hasil.
Pasukan polis sendiri atas arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melancarkan gerakan besar-besaran mencari Sharlinie termasuk operasi dari rumah ke rumah dan setiap premis di Lembah Klang terutama di Petaling Jaya.
Menurut Suraya, ketika bersendirian di rumah, dia sering terkenangkan rupa dan suara anak bongsunya itu semasa bermain-main bersama kakaknya.
Katanya, Sharliena dan seorang lagi kakak Sharlinie, Amirah masih murung kerana memikirkan tentang nasib adik mereka itu.
Katanya, Sharlinie tidak mempunyai banyak teman di luar sebaliknya gemar bermain bersama kakak-kakaknya itu.
“Saya sendiri amat merindui suara Sharlinie yang petah berkata-kata ketika bermain bersama kakaknya di rumah. Sharlinie lincah tetapi kemas. Selepas habis bermain `masak-masak’, dia pasti akan kemaskan semula barangan permainannya ke tempat asal,” katanya.
Katanya berkata, walaupun kehilangan Sharlinie kini sudah memasuki lima bulan, dia sekeluarga tetap berusaha mencari anaknya itu tanpa rasa jemu.
Suraya berkata, pelbagai cara dilakukan olehnya dan suami, Mohd. Nashar Mat Hussein, 29, termasuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pengamal perubatan tradisional.
Malah, kata beliau, mereka sekeluarga tidak pernah lupa untuk bersolat hajat dan membaca Yasin pada setiap malam Jumaat sama ada di rumah atau masjid.
“Saya serahkan takdir ini kepada Allah semoga Sharlinie tetap selamat dan sihat selalu,” katanya sambil menambah keluarganya yakin Sharlinie masih selamat dan berada dalam negara. - utusan
Selasa, Jun 10, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Keluarga masih menaruh harapan Sharlinie ditemui semula silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "