Penulis dan pengulas politik kelahiran Malaysia, Catherine Lim berkata, kerajaan patut dipersalahkan kerana menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada keadaan itu.
Lim adalah antara segelintir tokoh yang berani menyuarakan kritikan terbuka terhadap kerajaan Singapura.
Menurut beliau, Singapura sentiasa menduduki kelompok teratas dalam pelbagai tinjauan berdasarkan ukuran material seperti mesra perniagaan dan pencapaian ekonomi tetapi kedudukannya terbalik apabila faktor lain diambil kira.
"Dari segi kebebasan media, kebahagiaan, malah hubungan seksual serta percintaan dan sebagainya, kedudukan Singapura sangat rendah.
"Adakah kami mencapai kemakmuran material ini dengan mengorbankan aspek lain? Rohani, jiwa, hati, perasaan, apa sahaja yang hendak kita gambarkannya?" kata Catherine, 66, dalam wawancara dengan AFP.
Beliau mendakwa, kawalan politik ketat yang dikenakan oleh kerajaan adalah sebahagian punca kurangnya kebahagiaan di kalangan 4.6 juta penduduk negara ini.
Para pemimpin Singapura berkata, undang-undang ketat terhadap kebebasan bersuara dan aktiviti politik lain perlu diadakan bagi memastikan kestabilan yang telah membantunya mencapai kejayaan ekonomi. - AFP

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

assalamualaikum,di sini saya ingin memperkatakan sesuatu.pertama sekali kita haruslah berasa bersyukur,menjadi rakyat malaysia.ini kerana keadaan di malaysia,jauh berbeza dengan singapura.ini kerana walaupun negara kita malaysia mengalami kerancakan ekonomi,yang agak perlahan daripada singapura tetapi,dari aspek keagamaan kita masih lagi baik.
BalasPadam