
Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata program itu yang akan berlangsung selama 20 minit bermula 20 April ini akan disiarkan di RTM 1 pada setiap hari Ahad sebagai salah satu segmen dalam Warta Perdana.
Beliau berkata keputusan berkenaan bukan sahaja memberi ruang kepada golongan itu meluahkan pandangan masing-masing, bahkan turut membuktikan keterbukaan kerajaan dalam berurusan dengan media alternatif.
"Seperti yang dimaklumkan bahawa kementerian akan lebih terbuka dengan media alternatif, kami akan adakan slot khas ini, yang bertujuan membincangkan sebarang isu semasa atau yang ditimbulkan oleh 'bloggers'.
"Saya percaya ini langkah ke hadapan yang sentiasa ditunggu dan dialu-alukan oleh rakyat," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Angkasapuri di sini hari ini.
Ahmad Shabery berkata keputusan itu adalah petanda bahawa kerajaan sentiasa yakin dengan mandat yang diberi oleh rakyat sebelum ini, sekaligus menggambarkan kekuatan kerajaan yang tidak perlu bimbang dan berselindung dalam apa jua keadaan.
Mengulas mengenai pemilihan 'bloggers' untuk ditemuramah, beliau berkata perkara itu akan ditentukan oleh panel pemilih RTM dari semasa ke semasa, bergantung kepada isu yang dibincangkan.
"Kita tengok pada isu, bukan personaliti. Selain 'bloggers' yang sudah terkenal, mungkin kita akan cungkil bakat baru yang boleh kita ketengahkan. Ini kita serahkan pada kebijaksanaan RTM untuk membuat keputusan. Bukan pihak menteri yang tentukan," katanya.
Mengenai kemungkinan tetamu bersikap di luar kawalan atau bercakap tanpa batasan, Ahmad Shabery berkata beliau positif semua tetamu undangan itu akan mengikut tata tertib yang ditentukan.
Keterbukaan itu katanya, secara tidak langsung akan mendorong para 'bloggers' yang ditemuramah untuk bersikap lebih bertanggungjawab.
"Ini proses mendidik bahawa keterbukaan ini perlu dilihat dari sudut yang positif. Ini ruang untuk mereka menyampaikan suara hati dan pendapat masing-masing dengan cara yang sopan. Saya yakin mereka akan menghormati keterbukaan ini," katanya.
Ahmad Shabery turut mengumumkan keputusan Kabinet untuk menyiarkan secara langsung sesi soal jawab di Parlimen pada setiap hari persidangan bermula 30 April ini.
Beliau berkata perkara itu telah dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan jemaah menteri yang lain semasa mesyuarat, semalam.
"Sesi soal jawab itu akan disiar selama 30 minit bermula pada pukul 10 pagi setiap hari semasa persidangan.
"Kita menganggap kesediaan Kabinet untuk membenarkan siaran langsung menggambarkan betapa kerajaan sekarang lebih yakin, lebih terbuka dan lebih telus seperti yang kita janjikan kepada rakyat," katanya.
Program itu yang akan disiarkan di RTM 1 dan radio Klasik Nasional turut melibatkan sesi temubual bersama anggota Parlimen, termasuk daripada parti pembangkang.
"Sesi soal jawab selama 30 minit itu dibuat dalam segmen kedua. Segmen pertama, juga dalam program yang sama melibatkan temuramah dengan ahli-ahli Parlimen," katanya. - bernama
Jumaat, April 04, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Segmen Khas Untuk Penulis Blog Setiap Ahad silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "