Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh berkata, walaupun penguatkuasaan peraturan baru itu bermula Jun ini, tempoh pengenalan bagi tiga bulan pertama hanya melibatkan tindakan advokasi seperti amaran dan teguran.
"Selepas tempoh tiga bulan itu kita akan mengenakan saman kepada mereka yang tidak mematuhi peraturan itu, namun kadarnya masih belum ditetapkan dan masih di peringkat rundingan," katanya kepada pemberita di sini hari Jumaat.
Suret berkata, peraturan memakai tali pinggang di bahagian belakang kenderaan itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada kenderaan keluaran selepas 1 Jan 1995, di mana jika ada antaranya yang tidak mempunyai tali pinggang di bahagian belakang, mereka dikehendaki memasangnya dalam tempoh 3 tahun.
Bagi kenderaan keluaran sebelum 1 Jan 1995 serta kenderaan Perodua Kancil dan Kenari keluaran pertengahan 1998 hingga pertengahan 2004 yang dikecualikan daripada peraturan itu, mereka juga digalakkan untuk memasang tali pinggang keledar tersebut atas sebab-sebab keselamatan.
"Tapi mereka hendaklah kembali kepada pengeluar kenderaan berkenaan, bukannya dengan memasang tali pinggang tersebut di mana-mana bengkel kerana dikhuatiri pemasangannya nanti tidak mematuhi ciri-ciri keselamatan.
"Bagi model Perodua Kancil dan Kenari JKJR telahpun mencadangkan kepada pihak Perodua untuk menawarkan pakej istimewa bagi pemasangan tali pinggang itu di bawah program Corporate Social Responsibility (CSR), dan masih di dalam pertimbangan pengurusan atasan syarikat itu," katanya.
Bagi kes jika terdapat penumpang keempat pula, Suret berkata tindakan tidak akan diambil terhadap penumpang tersebut memandangkan hanya terdapat tiga set tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang. - bernama
Sabtu, April 26, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Penumpang Belakang Engkar Pakai Tali Pinggang Disaman Mulai September silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "