Sikap rakus manusia punca kemarau, hujan, runtuhan salji tak terkawal
Ini antara dihujahkan pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2007 dalam dokumentari An Inconvenient Truth arahan Davis Guggenheim, yang membawa kepada mitos dan tanggapan salah terhadap isu pemanasan global serta mengilhamkan langkah pencegahan.
Namun, masyarakat dunia merasai perubahan cuaca yang tidak menentu dan sedar ia adalah kesan pemanasan global. Kebenaran ini sudah lama diketahui, tetapi apakah langkah yang dilakukan serta sumbangan kita semua untuk menyelamatkan bumi?
Kekurangan makanan dunia juga dikaitkan dengan perubahan iklim kini turut mewarnai Hari Bumi Sedunia yang disambut secara global hari ini. Bumi makin berdepan pelbagai ancaman sejak manusia membentuk tamadun dari zaman Mesopotamia dan Lembah Indus sekitar 6,000 tahun lalu, sehingga kini semakin menghakis bumi secara fizikal yang memberi impak besar kepada kehidupan manusia.
Perubahan iklim yang semakin ketara terutama peningkatan suhu dunia menyebabkan kecairan, glasier dan kawasan litupan ais terutama di Kutub Utara sehinggakan paras air laut meningkat, kini menimbulkan kebimbangan dunia.
Dijangkakan kawasan dataran rendah termasuk pulau yang berpenduduk di seluruh dunia kini semakin terancam berikutan peningkatan paras laut yang ketara dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
Ketidakseimbangan pengeluaran sumber makanan terutama berlebihan di benua Eropah dan Amerika Utara, tidak mampu menampung kekurangan makanan di negara benua Afrika. Kesannya kebuluran berlaku di banyak kawasan di Afrika yang sebahagiannya berpunca daripada peningkatan jumlah penduduk dengan tambahan krisis berikutan perang saudara dan bencana alam menyebabkan pengeluaran makanan terbantut.
Kini ancaman pemanasan global cukup memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar. Golongan saintis meramalkan jika tiada sebarang usaha mengurangkan penghasilan gas rumah hijau dalam tempoh dua dekad lagi, dunia akan mengalami masalah cuaca lebih panas, kemarau dan banjir yang teruk dengan paras laut dijangka meningkat manakala berbilion penduduk dunia dijangka menghadapi risiko ribut kencang dan taufan.
Ancaman semakin jelas, bencana banjir buruk tahun lalu di China, Vietnam, Afrika, selain Malaysia turut menyebabkan kerugian berbilion-bilion ringgit membabitkan kemusnahan kawasan pertanian, infrastruktur selain kehilangan banyak nyawa.
Kesannya, pengeluaran makanan terjejas, manakala kerajaan terbabit terpaksa mengeluarkan peruntukan segera bagi mengatasi memperbaiki kemudahan infrastruktur. Banjir buruk tahun lalu kesannya hanya diterima kini, selepas pengeluaran padi berkurangan, hingga menyebabkan permintaan terhadap beras meningkat mendadak.
Kesan langsungnya, Vietnam dan China yang menjadi pengeluar beras utama untuk eksport berdepan dengan masalah untuk memenuhi permintaan tempatan dan eksport.
Peningkatan harga beras di pasaran kini sebenarnya berpunca daripada masalah perubahan iklim tahun lalu yang menyebabkan hasil tuaian merosot sedangkan permintaan untuk makanan asasi berkenaan tidak pernah menurun, malah semakin meningkat berikutan pertambahan penduduk.
Dalam pada itu, gelombang panas akibat pemanasan global bakal membunuh beribu-ribu penduduk Britain dalam masa lima tahun akan datang. Akhbar tempatan di Britain, The Sun, melaporkan pakar kerajaan memberi amaran bahawa perubahan iklim dijangka melanda Britain dan memberi kesan dramatik.
Laporan Agensi Perlindungan Kesihatan menyatakan, penyakit seperti malaria akan meragut nyawa penduduk berikutan suhu terlalu panas. Ia memberi amaran bahawa pada 2012, satu dalam 40 bahagian di tenggara Britain akan mengalami gelombang panas serius yang menyebabkan 3,000 kematian segera disebabkan keadaan panas.
Lebih banyak kematian kerana penyakit bawaan nyamuk di kawasan lembap juga menyebabkan wabak malaria. Kadar kanser kulit pula semakin meningkat akibat pendedahan kepada matahari. Bilangan penduduk yang berisiko tinggi untuk mengalami banjir akan bertambah lebih dua kali ganda kepada 3.5 juta pada 2100.
Dalam pada itu, hampir semua lautan di dunia kini berdepan masalah yang akan menjejaskan kehidupan manusia pada masa depan jika usaha tidak dilakukan untuk menanganinya mulai sekarang.
Penyelidik yang menjalankan kajian terhadap 17 pelbagai kegiatan dilakukan manusia ke atas lautan daripada perikanan hingga pencemaran, berjaya menghasilkan peta baru yang menunjukkan bagaimana dan di mana kegiatan manusia memberi kesan ke atas lautan.
Antara kawasan paling teruk terjejas termasuk Laut Utara, Laut China Selatan dan Laut China Timur, Laut Carribbean, Pantai Timur Amerika Utara, Laut Mediterranean, Laut Merah, Teluk Parsi, Laut Bering dan Lautan Pasifik Barat. Bagaimanapun, kawasan yang paling kurang terjejas adalah yang berhampiran kutub.
Penyelidik melakukan kajian terhadap kesan kegiatan dan masalah yang berpunca daripada kegiatan manusia termasuk tumpahan minyak, pelayaran komersial, penangkapan ikan secara berlebihan, kesan perubahan iklim termasuk peningkatan kandungan asid di dalam lautan, radiasi ultra ungu dan suhu laut, beberapa kaedah penangkapan ikan dan pelbagai pencemaran yang berpunca daripada kegiatan manusia.
Sambutan Hari Bumi, hari ini sepatutnya menyedarkan semua pihak peri pentingnya hubungan baik antara manusia dan alam sekitar. Sikap rakus manusia yang mengeksploitasi sumber sewenang-wenangnya menyebabkan berlaku ketidakseimbangan, yang akhirnya memberi kesan kepada manusia sendiri melalui bencana alam yang diterima.
Gelombang panas, peningkatan suhu dan air laut, banjir besar, adalah manifestasi daripada sikap buruk manusia yang memutuskan hubungan keseimbangan alam yang sepatutnya diamalkan selama ini.
- bh (Oleh Muhd Yusuf Abu Bakar)

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

semoga manusia lebih prihatin dengan keadaan bumi yang semakin tua dan uzur......... janganlah biarkan bumi merana.. HIDUP KELAB PENCINTA ALAM!!
BalasPadamSemua orang boleh memberi sumbangan kepada usaha mengatasi masalah global warming. Satu cara yang paling mudah ialah fikir sebelum anda membeli sesuatu, sama ada makanan, permainan, alat elektronik atau pakaian.
BalasPadampemanasan global adalah fiksi ilmiah yang dipaparkan oleh ilmuwan untuk mengeruk keuntungan dari perobahan gejala alam,hal ini kita lihat dari satu contoh misalnya indonesia menawarkan diri menjadi kakus bagi dunia industri dengan imbalan uang yang diambil oleh presiden dan menteri kehutanan padahal yang namanya tumbuhan hanya menguraikan gas Carbondioksida bukan carbonmonodioksida hasil limbah pabrik, perubahan ini wajar karena bumi kita adalah planet yang aktip dimana ini adalah awal sebuah era menuju evolusi baru dengan semboyan yang sama yaitu mahluk yang kuatlah yang akan tetap bertahan hidup,kalau kurang yakin coba tanya dengan buaya.
BalasPadam