/

Lapangan Terbang Seluruh Dunia Akan Perlu Jumlah Pelaburan Besar, Kata ACI

SHANGHAI, 31 Mac - Pengendali lapangan terbang seluruh dunia akan memerlukan jumlah pelaburan yang besar bagi memenuhi keperluan bilangan penumpang penerbangan yang semakin berkembang, kata pengerusi Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa, James Cherry.

Beliau berkata bilangan penumpang global diramalkan melebihi lima bilion pada 2010 dan sembilan bilion pada 2025 daripada 4.5 bilion tahun lalu manakala jumlah kargo udara dijangka tiga kali ganda kepada 214 juta menjelang 2025.

Pertumbuhan trafik udara kekal positif dan mampan tetapi persaingan adalah sengit, katanya.

"Sebagai pengendali lapangan terbang, tanggungjawab kami ialah untuk melaksanakan dan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang berkualiti kepada penumpang," kata beliau pada taklimat media selepas pembukaan Persidangan Kualiti Perkhidmatan dan Pemudahan Lapangan Terbang, di sini hari ini.

Persidangan dua hari itu bertemakan "Perkongsian untuk Kecemerlangan" yang dianjurkan oleh Lembaga Lapangaan Terbang Shanghai (SAA) yang diadakan dengan kerjasama Anugerah Kualiti Perkhidmatan 2007 Lapangan Terbang Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

ACI ialah persatuan global bagi lapangan terbang seluruh dunia yang tujuan utamanya ialah meningkatkan minat lapangan terbang dan menggalakkan kecemerlangan profesional dalam pengurusan dan operasi lapangan terbang.

Cherry berkata lonjakan dalam pertumbuhan trafik melibatkan semua aspek perkhidmatan lapangan terbang, bukan sahaja kemudahan bagi mendaftar masuk tetapi pelbagai perkhidmatan penumpang terdiri daripada parkir kereta penumpang hingga kemudahan terminal, penawaran runcitan dan makanan dan minuman serta juga perkhidmatan pengendalian bagasi.

Katanya bilangan penumpang yang lebih tinggi juga menekan perkhidmatan imigeresen dan kastam untuk memproses bilangan pengembara yang lebih besar masuk dan keluar pintu masuk antarabangsa.

Cherry berkata lapangan terbang mestilah bekerja rapat dengan pelanggan syarikat penerbangan mereka untuk menentukan potensi pertumbuhan dan keperluan perkhidmaatan pada masa akan datang.

Katanya proses perancangan yang terbuka dan telus ialah kunci kepada membuat keputusan baik daripada segi peluasan lapangan terbang dan definisi perkhidmatan yang akan ditawarkan termasuk bagi sektor syarikat penerbangan kos rendah yang sedang berkembang. "Kegunaan ruang angkasa dan kegendalaan adalah kebimbangan serius bagi industri kita dan harapan penumpang bagi perkhidmatan tepat tidak akan dipenuhi sehingga kita menyelesaikan isu itu," katanya.

Pembekal jurumudi udara, syarikat penerbangan dan lapangan terbang boleh bekerja dalam kaedah membuat keputusan secara kerjasama bagi menangani isu-isu kesesakan dan kapasiti yang kita hadapi di rantau tertentu dan dengan kerjasama pihak berkuasa menerbangan awam, jabatan pengangkutan dan penggubal undang-undang untuk mencari penyelesaian yang wajar," tembahnya.

Pengendali lapangan terbang patut juga menekankan kepada penyelesaian penyatuan piawaian sejagat untuk melaksanakan langkah keselamatan seragam, kata pengarah besar ACI Robert Aaronson.

Langkah-langkah keselamatan kini berbeza antara satu negara dengan negara yang lain.

Menurutnya, terdapat persetujuan ditetapkan oleh Kesatuan Eropah untuk menyeragamkan langkah keselamatan di lapangan terbang tahun lalu.

"Ia merupakan perhatian berterusan bagi semua pengendali lapangan terbang. Kita mestilah mempunyai penyelesaian penyatuan seragam, sejagat," ulang beliau.- bernama [ Premalata Jayaraman ]
try , Selasa, April 01, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog