Arab News melaporkan, usaha Penjaga Amanah dua kota suci itu boleh dilihat menerusi laman web www.gph.gov.sa yang turut memberi kesempatan pengguna internet mendapat akses kepada 45,000 rakaman bacaan ayat suci al-Quran dan ceramah agama.
"Kami melancarkan laman web ini bagi sebagai cara makluman kepada orang ramai," kata Saleh Al-Hosain, Pengerusi Badan Penjaga dua kota suci berkenaan.
Selain memberi maklumat mengenai kegiatan berkaitan, ia turut membolehkan pengguna memasuki laman web yang ada kaitan dengannya seperti Pejabat Hal Ehwal Masjid Nabi, perpustakaan dua masjid itu, Institut Masjidil Haram dan Kilang Kain Penutup Kaabah atau Kiswa di Makkah.
Pihak terbabit kini berusaha menghasilkan fasa kedua projek itu membabitkan perkhidmatan pendidikan menerusi internet.
"Antara yang boleh dimanfaatkan adalah melihat kandungan buku dan sumber kaligrafi," katanya. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

assalamualaikum,ini juga adalah merupakan salah satu daripada usaha yang wajib dilaksanakan.
BalasPadam