2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Krisis makanan dunia cemas

NEW YORK 15 April – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam memberi amaran bahawa krisis makanan dunia kini sudah sampai ke tahap kecemasan.

Menurut Ki-moon, krisis tersebut mengancam kemajuan yang dicapai sejak tujuh tahun lalu dalam kempen memerangi kemiskinan sejagat.

Beliau menggesa langkah-langkah kecemasan jangka pendek diambil di banyak rantau di dunia bagi memenuhi keperluan makanan yang mendesak dan mengelakkan berlakunya kebuluran.

Dalam pada itu, usaha jangka panjang adalah perlu bagi meningkatkan pengeluaran bijirin, tegas beliau.

Masyarakat antarabangsa juga perlu bertindak segera secara bersepadu untuk mengelakkan implikasi politik dan keselamatan yang lebih besar berpunca daripada krisis ini,” kata beliau.

Ki-moon berkata demikian kepada pegawai perdagangan dan kewangan antarabangsa pada satu mesyuarat PBB berikutan rundingan mereka di Washington pada hujung minggu lalu.

Beliau menegaskan, PBB perlu mencari jalan untuk mengetuai proses bagi menangani masalah global itu dalam tempoh terdekat dan jangka panjang.

Setiausaha Agung itu mengulangi seruan Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick kepada kerajaan-kerajaan dunia semalam supaya segera menyalurkan bantuan kecemasan AS$500 juta (RM1.6 bilion) kepada Program Makanan Sedunia (WFP) selewat-lewatnya 1 Mei ini.

Zoellick berkata, masyarakat antarabangsa perlu mengotakan janjinya dengan menyumbang bantuan kewangan “untuk menangani masalah harga makanan yang makin meningkat sehingga mengakibatkan kebuluran dan keganasan di beberapa negara.”

Sementara itu di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush mengarahkan bantuan kecemasan AS$200 juta (RM640 juta) dikeluarkan bagi membantu negara-negara yang mengalami kenaikan harga makanan sehingga memburukkan lagi masalah kebuluran dan mencetuskan protes ganas.

Bush mengarahkan Setiausaha Pertanian, Ed Schafer mengeluarkan kira-kira AS$200 juta (RM640 juta) daripada rizab makanan dikenali sebagai Dana Amanah Kemanusiaan Bill Emerson.

Setiausaha akhbar White House, Dana Perino berkata, langkah itu akan membantu mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi ke atas program bantuan makanan kecemasan AS di samping membantu memenuhi keperluan makanan penduduk di negara-negara Afrika dan rantau lain. – AP
try , Rabu, April 16, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog