Mengikut Laporan Perniagaan Antarabangsa (IBR) Grant Thornton International, 74 peratus MLE di di negara ini menyatakan bahawa kos gaji mereka telah meningkat dan ini lebih tinggi jika dibandingkan purata global sebanyak 63 peratus.
Negara lain yang turut menyaksikan peningkatan kos gaji termasuk China (91 peratus), India (85 peratus) dan Turki (83 peratus).
Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi SJ Grant Thornton Malaysia, Datuk N K Jasani, berkata syarikat di negara ekonomi sedang meningkat adalah yang paling merasai kesan daripada kos gaji kakitangan yang semakin tinggi.
“Syarikat berkenaan berdepan tekanan yang lebih hebat akibat peningkatan kos kakitangan yang lebih tinggi disebabkan ekonomi negara mereka yang sedang berkembang dengan pesat,” katanya dalam kenyataan mengumumkan laporan IBR itu di Kuala Lumpur, semalam.
Jasani berkata, peningkatan kos kakitangan di Malaysia adalah disebabkan bilangan tenaga kerja mahir yang lebih terhad.
Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak berlaku bagi tenaga kerja kurang mahir kerana kekosongan itu diseimbangkan dengan pengambilan buruh asing.
Ini, katanya, mewujudkan ketidakseimbangan kos kakitangan bagi kedua-dua sektor berkenaan.
“Langkah kerajaan melatih lebih banyak pekerja tempatan bagi memenuhi keperluan sektor tenaga kerja mahir serta cadangan untuk mengurangkan pengambilan tenaga kerja kurang mahir asing dan memperkenalkan dasar gaji minimum dijangka dapat meningkatkan kemahiran dan menaikkan pendapatan pekerja peringkat bawahan di negara ini,” katanya.
Jasani berkata, kaji selidik IBR itu juga mendapati perniagaan sekarang lebih menumpukan perhatian kepada pengambilan dan pengekalan kakitangan berbanding setahun lalu dengan 59 peratus daripada MLE dan besar lebih menumpukan kepada aspek itu.
“Kekurangan kakitangan dan meningkatnya kesedaran mengenai pentingnya sumbangan kakitangan ke arah meningkatkan daya saing menjadi faktor syarikat berkenaan melaksanakan dasar mengambil dan mengekalkan pekerja,” katanya.
Beliau berkata, syarikat di negara ekonomi sedang meningkat memberikan perhatian yang lebih besar kepada aspek itu didahului Vietnam sebanyak 84 peratus dan diikuti rapat oleh China pada 81 peratus.
Kaji selidik dijalankan firma percukaian, perakaunan dan penasihat perniagaan antarabangsa itu membabitkan 7,800 responden di 34 negara bertujuan melihat kepentingan proses pengambilan kakitangan dan kesannya kepada sesebuah organisasi dalam jangka panjang. - Oleh Azli Ayob (bh)
Jumaat, April 11, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kos gaji di Malaysia naik 74 peratus silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "