Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Salim Parlan berkata pemasangan kamera pengesan itu dilaksanakan secara berperingkat dengan peringkat pertama AES akan dipasang di sepanjang Lebuh Raya Plus dari Johor Baharu ke Bukit Kayu Hitam untuk mengesan pemandu yang memandu melebihi had laju.
"Sebagai permulaan ia juga akan dipasang di lampu-lampu isyarat di seluruh bandar Shah Alam untuk mengesan pesalah yang melanggar lampu isyarat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan JPJ Bersama Rakyat di Dewan Kesedar, Mengkebang di sini, hari Isnin.
Menerusi sistem itu, semua kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya akan direkod melalui kamera automatik dan saman dikeluarkan serta-merta melalui sistem komputer JPJ.
Selain itu, rekod kesalahan itu akan dimasukkan dalam sistem demerit JPJ.
Salim berkata sistem AES juga lebih praktikal kerana ia berfungsi menggantikan pihak berkuasa serta beroperasi selama 24 jam.
Menurut beliau, pemasangan di lokasi yang terpilih itu dijangka dapat disempurnakan sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.
Dalam perkembangan lain, beliau memberi amaran kepada pemilik kenderaan yang masih belum menukar lampu bercahaya terang atau xenon dan cermin gelap keterlaluan untuk membetulkannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
"Ini kerana masih ramai pemilik kenderaan yang berdegil dan masih menggunakan lampu xenon dan bercermin gelap melebihi had ditetapkan. Ia masih banyak dikesan terutama pada kereta mewah yang diimport dari luar negara. Kita harap pemiliknya mematuhi peraturan dalam negara dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan," katanya.
JPJ sebelum memberi tempoh sehingga akhir Julai ini kepada pemilik kereta yang memiliki lampu xenon dan cermin gelap keterlaluan untuk membetulkannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Sehingga Julai ini, JPJ akan mengeluarkan Notis Larangan Penggunaan (PG1) terhadap kenderaan yang menyalahi peraturan tersebut dan tiada kompaun dikeluarkan.
Bagaimanapun, pemilik kenderaan terlibat perlu melakukan ubah suai mengikut spesifikasi ditetapkan bagi membolehkan penarikan balik notis PG1 itu. - bernama
Selasa, April 15, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang JPJ Mula Pasang Kamera Automatik Di Lampu Isyarat Dan Lebuh Raya silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "