Itulah dilema yang membelenggu pengguna televisyen satelit berbayar, Astro sejak dulu hingga sekarang walaupun kadar caj bulanan mereka telah meningkat.
Situasi itu jelas mengecewakan jika ia berlaku tatkala seronok menonton rancangan yang diminati.
Dalam hal ini, Pengarah Pusat Komunikasi Wayarles Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Prof. Dr. Tharek Abd Rahman berkata, masalah itu boleh diatasi jika Astro menukar antena yang berbentuk cengkung sekarang kepada leper dan rata.
Beliau menjelaskan, gelombang yang dipancarkan dari satelit gagal menemui titik fokal yang berfungsi untuk menterjemahkan siaran kerana gangguan hujan.
"Saya yakin penggunaan antena yang berbentuk leper dan rata yang mana titik fokalnya terlindung di belakang antena akan dapat mengatasi masalah itu,'' katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau sebelum itu memperkenalkan Capaian Wayarles Mudah Alih Jalur Lebar (PBWA), gajet wi-fi mudah alih yang dicipta oleh Fakulti Kejuruteraan Elektrik universiti berkenaan.
Hasil ciptaannya itu telah memenangi pingat emas dalam satu pameran antarabangsa di Geneva, Switzerland pada 2 April lalu.
Tharek berpendapat, satu lagi sebab siaran Astro sering terjejas semasa hujan ialah kerana penggunaan kuasa gelombang setinggi 12 Gigahertz (GHz).
Jelasnya, penggunaan kuasa gelombang setinggi itu tidak dapat dielak memandangkan ia frekuensi wajib industri penyiaran.
"Sebab itu capaian generasi ketiga (3G) dan Perkhidmatan Radio Paket (GPRS) yang menggunakan kuasa gelombang di bawah 10GHz tidak terjejas meskipun waktu hujan,'' ujarnya.
Mengenai produk emasnya itu, beliau memberitahu, ia berfungsi menukar capaian 3G atau GPRS kepada Wifi.
"Ia mempunyai perisian yang boleh memastikan capaian internet adalah efisien dan boleh dijadikan sebagai prabayar. Ciri-ciri ini belum ada lagi pada alat yang sama di pasaran,'' katanya.
Alat itu boleh digunakan dalam bas dan kereta api di mana penumpang boleh melayari internet dalam keadaan sama seperti menggunakan telefon mudah alih.
Katanya, kelebihan alat itu adalah boleh dibawa ke mana-mana asalkan pengguna itu mempunyai akses kepada 3G atau GPRS. - Kosmo!
Selasa, April 15, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Antena punca siaran Astro mudah terganggu - Pakar silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "