PENDUDUK dunia kini sedang menghadapi satu krisis kemanusiaan selepas harga makanan melambung tinggi dan di beberapa negara keadaan berkenaan semakin membimbangkan.
Harga bahan makanan yang meningkat mendadak itu berpunca daripada permintaan tinggi makanan bermutu oleh pengguna kaya.
Bekalan makanan dunia juga semakin menyusut selepas negara-negara pengeluar tidak dapat memenuhi permintaan yang melambung tinggi daripada negara-negara maju.
Keadaan tersebut diburukkan lagi dengan cuaca melampau seperti kemarau yang sering melanda negara-negara pengeluar makanan akibat daripada pemanasan global.
Sejak lima tahun lalu harga beras di pasaran dunia meningkat mendadak dan bekalan gandum dunia juga dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Pakar berpendapat krisis makanan juga berpunca daripada kemarau, krisis mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) dan penggunaan tanah pertanian untuk menanamkan tanaman bagi menghasilkan bahan bakar bio-fuel.
Bagaimanapun, penambahan populasi penduduk dunia dan peningkatan penduduk kaya di China juga penyumbang utama krisis itu.
Populasi penduduk dunia dijangka meningkat kepada sembilan bilion pada 2050 dan sebanyak 2.5 bilion daripada jumlah itu tinggal di negara-negara maju.
Keadaan itu menyebabkan permintaan terhadap bahan makanan berasaskan tenusu serta daging akan menjadi tinggi di negara-negara maju.
Menurut rekod Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), harga makanan dunia meningkat sebanyak 35 peratus pada Januari lalu.
Organisasi Makanan dan Pertanian PBB menyatakan bahawa, pada tahun 2007 harga makanan berasaskan tenusu meningkat hampir 80 peratus manakala harga gandum pula meningkat sebanyak 42 peratus.
Pengarah Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), Angel Gurria berkata, impak kenaikan harga makanan dunia itu lebih memberi kesan terhadap penduduk di negara miskin.
Kenaikan harga makanan juga mula mengundang perasaan tidak puas hati penduduk sekali gus mencetuskan bantahan seperti di Cameroon dan Burkina Faso pada Februari lalu.
Baru-baru ini beribu-ribu penduduk Indonesia turut mengadakan bantahan berhubung kenaikkan harga makanan dan pihak media juga melaporkan ada penduduk yang mati akibat kelaparan di negara itu.
Di Filipina pula rangkaian kedai makanan segera digesa mengurangkan jumlah nasi yang disajikan untuk menangani kesan kenaikan harga beras.
Pada tahun lalu berpuluh-puluh ribu penduduk miskin di Mexico mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah harga jagung dan gandum yang melambung tinggi.
Sementara itu, beribu-ribu petani di Argentina mengadakan tunjuk perasaan pada minggu ini bagi membantah cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap bijian yang ditanam sekali gus mengganggu eksport bahan itu dipasaran dunia.
Beberapa negara termasuklah Mesir, Argentina, Kazakhstan, dan China juga mengehadkan jumlah eksport bijirin bagi mengekalkan simpanan makanan di negara masing-masing.
Dua pengeksport beras utama dunia, Vietnam dan India pula pada Jumaat lalu mengumumkan untuk pengurangan jumlah eksport bahan makanan.
“Tindakan negara-negara itu mengakibatkan harga makanan di pasaran dunia semakin meningkat,” kata Pengarah Institut Kajian Dasar Makanan Antarabangsa di AS, Joachim von Braun – Reuters
Selasa, April 01, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Dunia dilanda krisis makanan silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "