PUCHONG - Dua premis yang menjalankan operasi katering dan membekalkan ayam sejuk beku di sini diserbu pihak berkuasa pagi semalam kerana menggunakan sijil halal secara tidak sah bagi mengelirukan pengguna Islam.
Salah satu daripada premis terbabit iaitu syarikat katering dikatakan menggunakan sijil halal yang dibeli daripada sebuah syarikat manakala premis ayam beku itu pula menggunakan logo halal milik syarikat lain.
Ketua Operasi Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (Unit Halal) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Hafizul Ayub berkata, kedua-dua sijil halal digunakan tanpa kebenaran pihaknya.
"Memang benar sijil halal yang digunakan oleh syarikat pembekal ayam itu dikeluarkan JAIS tetapi bukan untuk syarikat berkenaan.
"Jadi, kita tidak tahu sama ada ayam dibekalkan di sini benar-benar halal atau sebaliknya kerana sijil halal tidak dikeluarkan kepada mereka," tegas beliau selepas operasi menyerbu premis berkenaan pukul 10 pagi di sini.
Kedua-dua premis itu diserbu setelah pemantauan selama dua minggu dibuat dengan disertai anggota daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna serta Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Menurut Mohd. Hafizul, ayam-ayam di premis berkenaan dibeli daripada pihak luar sebelum dibungkus semula dengan menggunakan jenama syarikat berkenaan termasuk logo halal.
"Perbuatan itu boleh mengelirukan pengguna terutama orang Islam kerana mereka sememangnya bergantung kepada logo halal untuk membeli barangan," katanya.
Tambahnya, kesemua ayam itu dirampas termasuk plastik pembungkus dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM2,600.
Bagi premis yang menyediakan perkhidmatan katering itu pula Mohd. Hafizul berkata, pengusahanya turut mengabaikan aspek kebersihan seperti tidak memakai apron selain membiarkan sisa buangan dialirkan ke longkang awam tanpa menggunakan penapis minyak.
Sementara itu, menurut Pegawai Kesihatan MPSJ, Dr. Roslan Mohamed Hussin, pengusaha katering terbabit telah dikenakan sebanyak 33 kompaun dan 26 daripadanya atas kesalahan pekerja mereka tidak diberi suntikan kesihatan.
"Kompaun telah diberi kepada pengusaha katering berkenaan dengan denda maksimum RM1,000 bagi setiap pekerja dan tindakan itu diambil mengikut Undang-undang Kecil Perniagaan dan Tred," katanya. - Kosmo! [Oleh SHAH NIZAM OMAR :: shahnizam.omar@kosmo.com.my]
Jumaat, April 11, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Dua premis tipu sijil halal diserbu silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "