Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata siasatan polis sejak laporan kehilangan itu dibuat menunjukkan Asmawi yang lebih dikenali sebagai Awie dipercayai bersembunyi di sekitar ibu negara.
"Rumusan itu dibuat berdasarkan latar belakang Asmawi yang dikatakan cenderung keluar rumah dan sering tinggal bersama kawan-kawannya sebelum memaklumkan kepada keluarganya.
"Lagipun setakat hari ini tiada wang tebusan diminta oleh sesiapa. Lagipun keluarganya miskin dan kami percaya tiada motif lain boleh dikaitkan dengan kes kehilangannya," kata Muhammad Sabtu selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini, semalam.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan polis akan meneruskan usaha mencari kanak-kanak itu yang tidak pulang ke rumahnya sejak 18 hari lalu, selepas kali terakhir dilihat bermain di taman permainan kanak-kanak Pantai Dalam, pada 9 Mac lalu.
Muhammad Sabtu berkata, polis sudah menjalankan pencarian mengikut dua fasa dan memasuki fasa ketiga bermula semalam.
"Fasa pertama dan kedua kami mengambil 14 hari, dan sekarang kami mencari siang dan malam.
"Kami kini mensasarkan kawasan berdekatan rumahnya seperti di Pantai Dalam, Pasar Seni, pusat permainan video, stesen teksi, bas dan bawah jambatan," katanya.
Dalam fasa pertama (12-17 Mac), polis memeriksa hampir 250 rumah, 10 taman permainan kanak-kanak, lapan pusat permainan video dan kawasan berhampiran sekolah mangsa, iaitu Sekolah Kebangsaan La Salle, Brickfields.
Fasa kedua (18-25 Mac), polis memperluaskan kawasan pencarian dengan memeriksa 800 rumah selain 20 taman permainan kanak-kanak dan tujuh pusat permainan video.
Muhammad Sabtu berkata, dalam fasa ketiga ini, polis akan mengedarkan hampir 4,000 poster kepada balai polis berdekatan yang di sumbangkan oleh bank RHB.
Sementara itu, beliau berkata, polis sudah membebaskan seorang lelaki berumur 19 tahun yang ditahan di Kota Kinabalu, Sabah, kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta wang tebusan RM5,000 daripada keluarga kanak-kanak itu untuk membebaskannya, dengan jaminan polis.
"Kertas siasatan sudah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dan kami menunggu keputusan mereka sama ada dihadapkan ke mahkamah atau membebaskannya," katanya. - Oleh Zulhilmi Hat :: berita harian
Khamis, Mac 27, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Polis syak Asmawi sembunyi silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "