2+4 hrs...Twogether Fourever

Khamis : 17 April 2025   
@ 19 Syawal 1446H / 7:34 AM

17Isnin,Mac

Polis periksa rumah cari Asmawi

Pihak berkuasa mungkin guna pendekatan sama ketika operasi kesan Sharlinie

KUALA LUMPUR: Polis akan menggunakan strategi baru termasuk melancarkan operasi besar-besaran dalam usaha mencari Muhammad Asmawi Jalaludin (gambar), 11, yang hilang selepas bermain berhampiran rumahnya di Jalan Pantai Permai 4, Pantai Dalam, di sini, Ahad minggu lalu, jika kanak-kanak itu gagal dikesan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Azri Abdul Rahman, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan menggunakan kaedah pencarian Sharlinie Mohd Nashar, 5, termasuk mencarinya dari rumah ke rumah.

"Jika Muhammad Asmawi tidak pulang atau gagal dikesan sehingga tengah malam ini (malam tadi), kita terpaksa memikirkan strategi baru esok (hari ini) untuk mencarinya termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan cara yang digunakan dalam mencari Sharlinie," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Muhammad Asmawi, pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan La Salle, di sini, dikatakan hilang selepas berpisah dengan rakannya di satu persimpangan kira-kira 50 meter dari rumahnya kira-kira jam 6.30 petang.

Polis cuba mengesannya setelah menerima laporan dibuat ibunya, Rozita Abu Hassan, 50, namun sehingga kini belum berhasil.

Polis pada masa ini juga masih mencari Sharlinie yang dilaporkan hilang ketika keluar ke taman permainan berhampiran rumahnya di Taman Medan, 9 Januari lalu.

Gerakan mencari Sharlinie dibuat secara besar-besaran di seluruh negara termasuk mengedar poster, membuat pemeriksaan rumah ke rumah dengan bantuan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) serta penggunaan helikopter untuk membuat tinjauan melalui udara kawasan yang berkemungkinan dijadikan lokasi penjenayah menyembunyikan kanak-kanak itu.

Azri berkata, polis tidak menolak kemungkinan Muhammad Asmawi pulang ke rumahnya bagi memulakan persekolahan hari ini.

"Sesi persekolahan akan bermula esok (hari ini), jadi jika benar kanak-kanak itu keluar merayau-rayau, dia mungkin pulang untuk ke sekolah.

"Tetapi jika tidak, ada kemungkinan dia ditahan pihak tertentu, jadi kita perlu memikirkan dan membuat perancangan lain untuk mencarinya dan kita sudah pun minta bantuan Bukit Aman.

"Setakat ini kita siasat kes itu sebagai orang hilang kerana belum ada unsur jenayah," katanya.

Beliau berkata, polis semalam membawa anggota keluarga Muhammad Asmawi untuk melihat dan mengecam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah Mid Valley yang dikatakan menyerupai kanak-kanak itu.

Ibu serta beberapa rakan Muhammad Asmawi sebelum ini gagal mengecam gambar kaku iaitu imej daripada CCTV diserahkan pihak keselamatan pusat beli-belah itu kepada polis.

"Gambar kaku itu gagal dicam kerana imejnya tidak jelas. Kita akan bawa kakaknya (Saudah, 30) untuk melihat rakaman CCTV berkenaan bagi tujuan pengecaman sekali lagi," katanya.

Pengecaman itu bagi mengesahkan dakwaan seorang rakan Muhammad Asmawi, Mohammad Safowan, 12, yang terserempak dengan kanak-kanak itu di Mid Valley pada petang hari kejadian.

Azri berkata, polis sehingga kini belum mengesan individu yang menghantar maklumat khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Saudah dengan meminta wang RM5,000 bagi mendapatkan kembali Muhammad Asmawi.

- Oleh Jalal Ali Abdul Rahim (BERITA HARIAN)
try , Isnin, Mac 17, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog