HANOI: Lemas dikenal pasti sebagai pembunuh utama kanak-kanak di Asia, tetapi masalah itu kerap terlepas pandang di negara miskin yang diganggu kematian disebabkan kemalangan kereta, tercekik dan kemalangan lain.
Hampir 2.5 juta penduduk yang disoal selidik di Bangladesh, China, Filipina, Thailand dan Vietnam oleh UNICEF dan Alliance for Safe Children, sebuah kumpulan kebajikan beribu pejabat di Amerika Syarikat.
Tinjauan mendapati kecederaan adalah punca utama kematian di kalangan kanak-kanak berusia lebih setahun. Lemas adalah punca utama kematian berkaitan kecederaan di semua negara, membentuk kira-kira separuh daripada kes.
Namun laporan menyebut, lemas selalunya hilang dari statistik kematian kanak-kanak kerana ramai golongan itu yang lemas tidak dibawa ke hospital.
"Anda menemui kanak-kanak terapung dengan muka ke bawah di dalam kolam dan anda tidak membawanya ke hospital. Jadi, kematian tidak pernah diketahui," kata Dr Michael Linnan, penulis bersama dan juga pengarah teknikal Alliance for Safe Children.
Rantau Asia Pasifik dikelilingi lautan dan jalan air tetapi ramai penduduknya tidak tahu berenang. Beribu-ribu lemas setiap tahun ketika musim taufan, banjir atau terjatuh ke dalam sungai atau kolam.
Linnan menganggarkan, kira-kira 240,000 kanak-kanak sehingga berusia 17 tahun lemas setiap tahun di seluruh rantau itu.
Katanya, kerajaan perlu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keperluan untuk lebih memantau pergerakan kanak-kanak berdekatan sumber air dan mengajar mereka berenang.
Katanya, Alliance for Safe Children terbabit dalam program di Bangladesh yang mengajar 23,000 kanak-kanak untuk berenang dan terdapat rancangan itu melakukannya secara menyeluruh.
"Ia seperti imunisasi. Anda membekalkan mereka dengan kemampuan perlindungan diri sepanjang hayat," kata Linnan.
Kematian kanak-kanak akibat penyakit berjangkit di negara Asia yang membangun jatuh mendadak sejak beberapa tahun ini, disebabkan kemudahan mendapatkan vaksin selain usaha mengurangkan cirit birit dan penyakit pernafasan. Peningkatan dalam zat makanan juga membantu.
Bayi masih berada pada risiko paling tinggi untuk meninggal dunia dalam bulan pertama kehidupan mereka, dan penyakit memberikan ancaman paling besar dalam tahun pertama mereka. Namun kecederaan adalah bahaya paling besar. - AP
Rabu, Mac 12, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Lemas pembunuh utama budak silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "