Memetik data-data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari 2000 hingga 2006, Emirates Business berkata UAE sahaja menguasai lebih separuh daripada keseluruhan nilai pengambilalihan yang dilaksanakan oleh enam negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Menurut perangkaan Persidangan Perdagangan & Pembangunan PBB (Unctad), daripada jumlah yang tidak seberapa dalam tempoh 2000-2004, transaksi pengambilalihan UAE meningkat dengan mendadak kepada AS$4.7 bilion pada 2005 dan $21.6 bilion pada 2006 sekali gus melonjakkan nilai pengambilalihannya di luar negara kepada AS$26.5 bilion dalam tempoh 2000-2006.
Peningkatan itu menjadikan UAE pembeli aset asing di luar negara terbesar di kalangan negara-negara Arab.
Mesir menduduki tempat kedua dengan pengambilalihan bernilai kira-kira AS$19.7 bilion dalam tempoh itu, diikuti Arab Saudi (AS$9.11 bilion) dan Kuwait (hampir AS$6.6 bilion).
Meskipun saiz dan sumber minyaknya kecil, namun Bahrain muncul sebagai pelabur besar dalam pengambilalihan di luar negara dengan jumlah pelaburan bernilai AS$3.6 bilion dalam tempoh 2000-2006. Lebanon juga merupakan pelabur penting dengan pengambilalihan bernilai kira-kira AS$$1.5 bilion.
Emirates Business berkata laporan itu menunjukkan pengambilalihan GCC yang terdiri daripada UAE, Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Qatar dan Oman, secara tergabung berjumlah kira-kira AS$46.7 bilion dalam tempoh 2000-2006.
Lebih setengah daripada urus niaga berkenaan dibuat pada 2006, melibatkan jumlah kira-kira AS$29.9 bilion.
Kata Emirates Business, laporan PBB itu tidak memberikan perangkaan bagi 2007 tetapi memetik pegawai bank sebagai berkata jumlah keseluruhan transaksi pengambilalihan oleh GCC mungkin telah melebihi AS$70 bilion.
Selasa, Februari 26, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang UAE Teratas Dalam Senarai Pelabur Arab Di Luar Negara, Kata PBB silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "