
Akhbar The Times melaporkan semalam, selepas kejayaan mengejutkan dunia dengan kelahiran Tata Nato yang berharga £1,250 (RM8,750) sebuah, syarikat telekomunikasi tempatan, Spice yang berpangkalan di Mumbai dan bernilai £1 bilion (RM7 bilion) kini mensasarkan golongan berpendapatan rendah.
Telefon itu mengenepikan semua ciri yang dianggapnya tidak penting seperti skrin.
"Ia berfungsi seperti telefon biasa," kata Bhupendra Kumar Modi, Pengerusi Spice yang berharap dapat menjual 10 juta unit telefon itu, tahun depan.
Telefon bimbit yang berharga kurang £20 (RM140) hanya mewakili satu perlima pasaran antarabangsa.
Namun, berikutan separuh penduduk dunia yang masih belum berkesempatan membuat panggilan dan pasaran Barat pula kelihatan lembap, lebih banyak syarikat kini berminat mensasarkan negara membangun sebagai pasaran utama.
Malah, syarikat industri telekomunikasi menjangkakan bilangan penduduk yang memiliki telefon bimbit meningkat daripada 3 bilion kepada sekurang-kurangnya 4 bilion dalam tempoh tiga tahun lagi.
Spice juga berharap 'Telefon Rakyat' itu dapat membolehkannya menyertai persaingan menjual alat telekomunikasi itu kepada generasi muda Asia, Afrika dan Amerika Selatan.
Syarikat itu akan memulakan jualan telefon itu ke pasaran Asia mulai bulan depan dan Spice sudah mengesyorkan harganya boleh dikurangkan dan harga cuma £5 (RM35) bukanlah mustahil.
Dianggarkan lebih 870 juta daripada 1.1 bilion penduduk India belum memiliki telefon dan jumlah pelanggan perkhidmatan itu dijangka meningkat dua kali ganda dalam masa tiga tahun kepada 500 juta orang.
Barang murah dari India sudah banyak berada di pasaran antarabangsa biarpun penduduk Britain lebih suka menunggu dan melihat kejayaan 'Telefon Rakyat' berkenaan.
Sejak pelancaran Tata Nano, bulan lalu, syarikat pengeluarnya, Tata dibanjiri pertanyaan daripada negara lain yang berminat memiliki kereta itu.
Harga Tata Nano itu menyamai harga sistem stereo kereta mewah Eropah yang popular. Syarikat Tata berkata, ia akan mengeksport kereta itu ke Britain dan pasaran luar lain tetapi ia tidak dijangka seawal tiga tahun ini.
Kereta yang memiliki bahagian depan pendek dan bumbung cerun itu didakwa memuatkan lima orang.
Versi asas kereta itu dikeluarkan tanpa radio, tanpa cermin sisi bahagian penumpang dan hanya satu pengelap cermin.
Pembeli yang inginkan kereta lengkap dengan kemudahan pendingin hawa, perlulah membeli jenis deluxe.
Namun, kehadiran Tata Nano itu sedari awal lagi disambut pengkritik yang bimbang kenderaan itu menyebabkan jalan raya negara itu sesak selain memburukkan lagi masalah pencemaran alam sekitar.
Pesaing terdekat Nano di India ialah Maruti 800, kereta empat pintu yang dijual pada harga hampir RM17,000. - Agensi
Isnin, Februari 18, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Telefon bimbit untuk orang daif silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "