2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Rakyat Malaysia Mengundi Pada 8 Mac

Tempoh Berkempen 13 Hari Mencukupi, Kata SPR

PUTRAJAYA, 14 Feb. - Pengundian bagi pilihan raya umum ke-12 ditetapkan pada 8 Mac ini manakala penamaan calon ialah pada 24 Feb, Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) mengumumkan hari ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri kecuali Sarawak yang telahpun mengadakan pilihan raya negerinya pada 2006.

Seramai 10,922,139 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini berdasarkan kepada daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Feb lepas, katanya.

Abdul Rashid membuat pengumuman itu pada pukul 11.40 pagi ini di ibu pejabat SPR di sini dan ia disiarkan secara langsung oleh RTM dan TV3. - Bernama

Tempoh Berkempen 13 Hari Mencukupi, Kata SPR

PUTRAJAYA, 14 Feb. - Tempoh berkempen selama 13 hari pada pilihan raya umum kali ini adalah mencukupi untuk semua pihak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hari ini.

Beliau berkata SPR turut mengambil kira aspek keselamatan dan ketenteraman awam dalam menentukan tempoh berkempen itu, sambil menambah terdapat 30 parti politik berdaftar setakat ini.

"Kalau kita nak panjangkan tempoh berkempen, negara kita ini banyak perkara sensitif yang mungkin boleh dimanipulasikan oleh mana-mana pihak," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian di pejabatnya di sini.

Seramai 10,922,139 pemilih termasuk 221,085 pengundi pos layak mengundi pada pilihan raya umum kali ini bagi memilih wakil rakyat di semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri di seluruh negara kecuali kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak. Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak hanya akan tamat pada 2011.

Penamaan calon ditetapkan pada 24 Feb dan pengundian pada 8 Mac, menjadikan tempoh berkempen 13 hari berbanding lapan hari sahaja pada pilihan raya umum lalu pada 2004.

Abdul Rashid berkata terdapat pertambahan kira-kira 600,000 pengundi pada pilihan raya kali ini berbanding dengan 10.3 juta pengundi pada pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata SPR telah dimaklumkan secara rasmi oleh Istana Negara bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memperkenankan untuk membubar Parlimen semalam.

SPR juga telah menerima pengisytiharaan pembubaran 12 Dewan Undangan Negeri kecuali Sarawak, katanya.

Sehubungan itu, SPR telah bermesyuarat hari ini untuk menetapkan tarikh-tarikh bagi menjalankan pilihan raya umum ke-12 dalam tempoh 60 hari sebagaimana yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan Perkara 55(4), katanya.

Beliau berkata SPR menetapkan tarikh writ pilihan raya dikeluarkan kepada kesemua pegawai pengurus pilihan raya di 222 kawasan Parlimen esok manakala notis pilihan raya dikeluarkan pada Sabtu ini. - Bernama
try , Khamis, Februari 14, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog