/

Pemilik kad kredit gagal jelas tunggakan RM21.6b

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM21.6 bilion sehingga September tahun lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal berkata, daripada keseluruhan jumlah itu, sebanyak RM591 juta adalah pinjaman tidak berbayar (NPL).

''Walaupun jumlah NPL ini hanya 2.7 peratus daripada keseluruhan jumlah hutang kad kredit yang tertunggak, namun langkah proaktif perlu diambil untuk mengelakkan ia daripada terus meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan laman web Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Dr. Muzahet Masruri.

AKPK berperanan memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai yang berdepan dengan masalah hutang institusi kewangan dan nasihat menerusi Internet boleh didapati melalui laman web www. akpk.org.my.

Menurut Mohd. Shafie, sehingga Disember 2006, sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara.

Beliau berkata, masalah tunggakan pinjaman kad kredit itu boleh diatasi sekiranya pengguna bijak menguruskan kewangan dengan membayar sebelum tempoh matang untuk mengelak dikenakan caj lewat bayar.

''Pengguna juga seeloknya membuat pembayaran melebihi had minimum pada setiap bulan dan membayar tepat pada masa ditetapkan,'' katanya.

Mengenai AKPK, beliau berkata, sejak penubuhannya pada April 2006, lebih 26,000 pelanggan telah menerima perkhidmatan kaunseling yang disediakan secara percuma.

''Daripada jumlah ini, seramai 9,000 individu telah dibantu di bawah program pengurusan kredit,'' jelasnya.

- Oleh NIZAM YATIM (utusan)
try , Rabu, Februari 20, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog