
Penyelidikan yang dibuat di Perancis mendapati tiga perempat daripada wanita dilanda masalah kemurungan selepas bersalin teruk, memiliki anak lelaki.
Malah, jika ibu tidak dirawat kerana kemurungan, kehadiran anak lelaki lebih berkemungkinan mengurangkan kualiti hidup berbanding wanita yang melahirkan anak perempuan, menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Nursing.
Sepasukan penyelidik diketuai Profesor Claude de Tychey, dari Universiti Nancy di Perancis, mengkaji 181 wanita dari komuniti yang tiada tekanan mengenai jantina anak.
Semua wanita berusia 19 hingga 40 tahun, dengan 52 peratus melahirkan anak lelaki dan 48 peratus melahirkan anak perempuan.
Satu pertiga menunjukkan tanda kemurungan selepas bersalin apabila ditemubual satu hingga dua bulan selepas kelahiran dan sembilan peratus menunjukkan gejala teruk.
Profesor de Tychey berkata: "Ketika melancarkan penyelidikan, matlamat kami adalah untuk mengkaji kesan jantina ke atas masalah kemurungan selepas bersalin.
"Namun, hasil kajian menunjukkan jantina memainkan peranan penting dalam mengurangkan kualiti hidup selain meningkatkan peluang mengalami kemurungan selepas bersalin yang teruk."
Mereka juga mendapati wanita yang melahirkan anak lelaki melaporkan kualiti hidup rendah dalam 70 peratus kes berbanding wanita yang melahirkan anak perempuan, tidak kira sama mereka mengalami masalah kemurungan selepas bersalin.
Di kalangan wanita yang tidak mengalami kemurungan, ibu kepada anak lelaki mempunyai kadar kualiti hidup rendah dalam sembilan daripada 10 kategori.
"Perangkaan menunjukkan amat jelas memiliki anak lelaki menyebabkan kualiti hidup rendah dalam semua kes. Kami juga mendapati menjadi ibu kali pertama tidak memberi kesan kepada kualiti hidup," kata de Tychey.
Kajian juga mendapati wanita yang melahirkan anak pertama perempuan lebih berkemungkinan mendapat anak lagi berbanding mereka yang melahirkan anak pertama lelaki. - Agensi
Selasa, Februari 19, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Lahir bayi lelaki buat wanita murung silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "