Penduduk Kosovo yang terdiri daripada 90 peratus etnik Albania menyambut detik-detik itu di Pristina apabila Parlimen mengisytiharkan kemerdekaan kira-kira 3 petang ini (10 malam waktu Malaysia).
Negara ini kemudiannya dijangka menerima pengiktirafan diplomatik dari Washington dan negara sekutunya yang penting di Eropah dalam tempoh 24 jam berikutnya.
Kerajaan Serbia yang menyifatkan Kosovo sebagai tempat kelahiran kebudayaan dan agama bagi penduduk etnik Serb, menganggap pengisytiharan kemerdekaan itu sebagai tidak sah.
“Kami sudah menyediakan perlembagaan dan lambang kebangsaan Kosovo,” kata Perdana Menteri Kosovo, Hashim Thaci.
Beliau mengetuai perang gerila etnik Albania, sedekad lalu untuk menentang pasukan keselamatan Serbia yang diketuai oleh Slobodan Milosevic.
“Saya ingin menjelaskan bahawa lembaran usaha kemerdekaan sudah ditutup. Sekarang kami ingin menumpukan perhatian kepada masa depan,” tambahnya ketika penduduk Kosovo membanjiri jalan raya yang diselaputi salji di Pristina sambil mengibarkan bendera untuk meraikan detik bersejarah itu.
Perisytiharan kemerdekaan Kosovo menutup tirai perpecahan Yugoslavia, yang berlaku pada tahun 90-an selepas berakhirnya era komunisme di Eropah dan menyaksikan unsur kezaliman paling dahsyat pernah berlaku sejak Perang Dunia Kedua.
Kosovo diletakkan di bawah pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak 1999 selepas wilayah itu dirampas dari Belgrade ekoran serangan udara oleh Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terhadap rejim Milosevic.
Sebaik sahaja kemerdekaan Kosovo diisytiharkan, tempoh peralihan selama 120 hari akan bermula dengan penempatan 2,000 anggota polis Kesatuan Eropah (EU).
Sebuah kumpulan penghakiman juga diwujudkan bertujuan melancarkan tempoh peralihan itu dan juga untuk mempastikan demokrasi dipulihkan di Kosovo. – AFP
Isnin, Februari 18, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Kosovo merdeka dari Serbia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "