Akhbar The Independent melaporkan, kemajuan teknikal bertambah 32 kali ganda dalam masa separuh abad lagi berbanding keseluruhan pada abad ke-20, dan salah satu hasilnya ialah kebijaksanaan tiruan bersamaan dengan kepandaian manusia menjelang tahun 2020-an, kata pakar komputer Amerika Syarikat, Ray Kurzweil.
Mesin secara pantas akan mengambil alih tempat manusia dalam kemampuan intelektual mereka dan tidak lama lagi mampu menyelesaikan beberapa masalah paling sukar abad ke-21, kata Dr Kurzweil, seorang daripada 18 pemikir yang dipilih untuk mengenal pasti cabaran teknologi paling hebat dihadapi manusia.
Dr Kurzweil dianggap sebagai seorang tokoh paling radikal dalam bidang ramalan teknologi. Ketokohannya bertunjang dari menjadi pengasas pelbagai bidang perkomputeran, seperti pengenalan karektor optikal - teknologi di sebalik kewujudan cakera padat - dan pengenalan ucapan automatik oleh mesin.
Ucapannya kepada Persatuan Sains Lanjutan Amerika Syarikat (AAAS) menggambarkan masa depan yang menyaksikan kebijaksanaan mesin akan mengatasi otak manusia kerana ia belajar untuk berkomunikasi, mengajar dan meniru di kalangan mereka.
Cip komputer, sebagai contoh, menggandakan kuasa setiap dua tahun selama setengah abad lalu, yang membawa kepada kepantasan kemajuan dan pengecilan dalam semua teknologi berasaskan cip.
Dr Kurzweil memberitahu mesyuarat tahunan AAAS di Boston: "Kadar anjakan paradigma kini berganda setiap dekad, jadi, separuh abad seterusnya akan menyaksikan 32 kali kemajuan teknikal berbanding separuh abad sebelum ini.
"Perkomputeran, komunikasi, teknologi biologi sebagai contoh, DNA - imbasan otak, pengetahuan mengenai otak manusia, dan pengetahuan manusia secara umum bergerak pada kadar lebih pantas, umumnya menggandakan harga prestasi dan kapasiti setiap tahun."
Komputer setakat ini berdasarkan cip dua dimensi yang dihasilkan daripada silikon, tetapi terdapat perkembangan yang sudah begitu maju untuk membuat cip tiga dimensi dengan prestasi jauh lebih baik, malah untuk membina ia dari molekul biologi yang boleh dikecilkan berbanding cip komputer berasaskan besi.
Walaupun otak tidak dapat menandingi komputer dari segi pengumpulan dan penemuan maklumat, ia mempunyai kemampuan tiada tandingan dalam mengumpulkan jenis berbeza maklumat, untuk melihat ke depan dan rancangan, selain memberikan kreativiti yang menjadi tumpuan kewujudan manusia. - Agensi
Isnin, Februari 18, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Komputer secerdik manusia silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "