2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Castro, akhirnya letak jawatan

HAVANA 19 Feb. – Selepas pelbagai spekulasi Fidel Castro hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden dan Panglima Angkatan Bersenjata Cuba dalam kenyataan yang disiarkan di laman web akhbar rasmi, Granma.

Castro, 81, membuat pengumuman itu hampir 19 bulan selepas beliau jatuh sakit dan menjalani pembedahan usus yang memaksanya menyerahkan sementara kuasa kepada adik lelakinya, Raul.

Castro dalam kenyataan ke seluruh negara berkata, beliau tidak akan menuntut penggal baru sebagai Presiden apabila Dewan Perhimpunan Kebangsaan (Parlimen) bersidang pada Ahad ini.

Saya tidak berhasrat untuk memegang dan tidak juga akan menerima jawatan Presiden Majlis Negara dan Panglima Angkatan Bersenjata,” tulis Castro yang telah memegang kuasa hampir 50 tahun.

Dewan Perhimpunan Kebangsaan dijangka mencalonkan Raul, 76, sebagai Presiden baru apabila ia bersidang nanti.

Castro menyerahkan kuasa atas dasar sementara kepada Raul pada 31 Julai, 2006 apabila beliau mengumumkan beliau telah menjalani pembedahan usus.

Sejak beliau jatuh sakit, Castro tidak kelihatan di khalayak ramai dan hanya muncul dalam gambar rasmi dan rakaman video selain menyiarkan artikel dari semasa ke semasa mengenai isu antarabangsa.

Castro mengambil alih kuasa pada 1959 selepas gerakan gerila pimpinannya menggulingkan diktator Fulgencio Batista yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS),

Persaraan Castro itu menutup tirai bagi karier politik yang bermula sejak zaman Perang Dingin dan melepasi era kejatuhan rejim komunis Kesatuan Soviet.

Sepanjang kariernya, Castro berjaya mematahkan usaha sepuluh pentadbiran AS untuk menumbangkannya termasuk beberapa percubaan Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk membunuh beliau.

Castro seorang pemimpin berkarisma yang terkenal kerana gemar menyampaikan ucapan yang panjang-lebar.

Beliau dikagumi di Dunia Ketiga kerana berani mencabar AS tetapi dianggap oleh penentangnya sebagai seorang diktator yang menyekat kebebasan.

Namun pemerintahannya itu memastikan Cuba kekal dalam kelompok lima negara komunis terakhir yang masih wujud di dunia, lama selepas keruntuhan Kesatuan Soviet dan rejim komunis di seluruh Eropah Timur.

Dalam pada itu negara seteru utama Cuba, AS berharap dengan berakhirnya era Castro ini menandakan bermulanya perubahan ke arah demokrasi selepas terperap selama 50 tahun dalam pemerintahan komunis.

Apa maknanya perletakan jawatan Castro ini kepada rakyat Cuba. Mereka yang sebenarnya merana selama ini, di masukkan ke dalam penjara dan dinafikan hak mereka ketika hidup di bawah pemerintahan beliau,” kata Presiden George W. Bush yang kini berada di Afrika.

Masyarakat antarabangsa akan membantu penduduk Cuba bagi membangunkan institusi yang diperlukan bagi mewujudkan demokrasi di sana,” kata beliau lagi. – Agensi
try , Rabu, Februari 20, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog