2+4 hrs...Twogether Fourever

Selasa : 8 April 2025   
@ 10 Syawal 1446H / 11:56 PM

27Rabu,Februari

Bank biji benih dunia di Kutub Utara

LONGYEARBYEN, Norway, 26 Feb. – Norway telah melancarkan tempat simpanan kebal atau bank biji benih tanaman dari seluruh dunia dengan kemampuan bertahan daripada sebarang bentuk bencana alam dan serangan nuklear untuk kegunaan manusia pada masa depan.

GAMBAR : SEORANG pengawal meronda di sebuah terowong yang menuju ke bilik kebal di Longyearbyen, Norway.


Tempat simpanan itu yang dikenali sebagai Svalbard Global Seed Vault letaknya jauh ke dalam batu gunung berais kira-kira 1,000 kilometer dari Kutub Utara dan mampu bertahan dalam keadaan beku sehingga 200 tahun sekiranya berlaku senario terburuk pemanasan global ataupun kegagalan mekanikal dalam sistem penyejukan, kata para pegawai.

Pada peringkat awal sebanyak 100 juta biji benih daripada lebih 100 negara dunia telah dihantar ke ke tempat simpanan yang bernilai AS$10 juta (AS$32 juta) yang menyimpan sebanyak 268,000 contoh biji benih, masing-masing dari ladang yang berbeza.

‘‘Kepelbagaian biologi dunia kini diancam oleh bencana alam dan juga dari pada perbuatan manusia,’’ kata Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg pada majlis pelancarannya di sini hari ini.

Peti simpanan ini merupakan insurans kita terhadap sebarang ancaman perang, bencana alam semula jadi ataupun perubahan cuaca,’’ kata beliau.

"Norway berasa bangga kerana memainkan peranan dengan mewujudkan sebuah kemudahan yang mampu melindungi bukan sahaja benih tetapi blok bangunan asas tamadun manusia," kata Stoltenberg.

Tempat simpanan yang dipanggil peti besi kebal dunia kiamat, terletak di kepulauan Svalbard, di luar bahagian puncak utara Norway menyediakan sokongan kepada bank- bank gen biji benih di seluruh dunia.

Bilik kebal itu adalah sedalam 130 meter di dalam sebuah bukit dan mampu menyimpan 4.5 juta sampel benih dari seluruh dunia di mana pembinaannya melibatkan masa kurang setahun.

GAMBAR : BEBERAPA orang berdiri d luar pintu masuk bilik kebal di Longyearbyen, Norway.

Biji benih yang disimpan merupakan tanaman yang menjadi makanan ruji negara-negara di Afrika, Asia seperti beras, jagung, gandum, kacang duduk dan betari sehinggalah tanaman yang hidup di Eropah dan juga di Amerika Utara seperti terung, selada, barli dan kentang.

Kami akan mempunyai satu koleksi (biji benih) utama di sini, salah sebuah yang terbesar di dunia, pada hari pembukaannya,’’ kata Cary Fowler, Ketua Global Corp Diversity Trust yang membiayai operasi tempat simpanan berkenaan memberitahu Reuters.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2004, Wangari Maathai dari Kenya merupakan antara tetamu yang diundang menghadiri majlis perasmian itu.

Kos pembinaannya melibatkan AS$9.1 juta (RM29.24 juta) dan operasinya dibiayai oleh Pertubuhan Pertanian dan Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kumpulan penyelidikan Biodiversity International. Reuters & AP
try , Rabu, Februari 27, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog